Skip to main content

APAM MEKAR SEJAMBAK

Masa me jenjalan kat muka buku Kak Zue, me tertarik sangat ngan rupa apam ni. Senyum lebar je apamnya. Me ingat cam malas je rasanya nak buat apam ni sebab dia masukkan aiskrim soda. Me memang tak suka aiskrim soda. Tapi semangat nak belajar & mencuba tu me tetap menjalankan projek ni. Lagipun waktu cuti ni dari duduk menghadap tv baik me membuat sesuatu. Okay berbalik dari resepi apam mekar ni me buat tiga perasa.. pandan, coklat & strawberi. Tentang rasa dia tu mungkin tak kena ngan tekak me kot jadi me boleh kasi 3 bintang je ngan apam ni...Tapi kalo sesiapa yang nak mencuba silakanlah...lagipun tekak orang ni berbeza-beza kannn???? Jadi inilah hasil apam mekar sejambak me...




BINTANG :- *** 3/5

Resepi yang me redah di muka buku Kak Zue


Bahan-Bahan :-
200gm gula castor
2 biji telur suhu bilik
1 sudu teh ovallete
esen vanila [nak gantikan ngan apa paste pun boleh]
250gm tepung gandum
1 cwn aiskrim soda [suhu bilik]


Cara-cara :-
Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan masukan esen vanila @ apa2 paste.
Masukkan tepunga gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
Kukus 7-10 min.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES