Skip to main content

JELLY LAICI

Hari panas-panas ni kalo dapat sejukkan tekak makan jeli atau aiskrim pun best gak kan???...Wokay kali ni me kongsikan ngan kengkawan resepi Jeli Laici pulak...Resepi asalnya me cedok dari blog Che Mat Gebu...tp bak kata Che Mat laa...me dah menderhaka ckit ngan resepi ni....kalo rasa nak cuba resepi ni meh salin cepat resepinyer ye....


Bintang :- ***** 5/5



Bahan-bahan :-
1 pack konnyaku jelly powder [10g]
4 mug air
1 mug gula halus
3 mug air & 1 mug syrup laici
1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
Beberapa titik perwarna
Laici dalam tin secukupnya, ditoskan dan dihiris


Cara-Cara :- 
Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang 4 mug air tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
Tambahkan 3 mug air & 1 mug syrup laici dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bahagi bancuhan tadi kepada beberapa warna dan masukkan juga biji selasih dan kacau.
Sebelum itu isikan hirisan laici ke dalam bekas dan tuangkan bancuhan berwarna jelly tadi ke atasnya. 
Biarkan wap panas hilang dan simpan di dalam peti sejuk. 

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES