Skip to main content

KEK GREEN CARPET KUKUS

Selamat datang ke rumah me..Nih me siap bentangkan green carpet lagi kat kengkawan yang sudi singgah disini. Sambil tu lambai-lambai la sikit tangan tu ye ala-ala ratu cantik. Bukan senang nak lalu kat green carpet nih...hihi. Kali ni me nak kengkawan terai plak buat kek green carpet kukus...Ari tu me buat kek ni tak guna biskut marie sebab tak ada kat lam lemari...so me guna aje biskut oatmeal. Tapi rasanya mungkin kureng sikit kot. Maklum laa pepandai menderhakakan resepi org..tu laa jadinya..Tak apa next time me nak cuba guna biskut marie plak. Mungkin rasanya lagi sedap kot. Pepun kalo rasa teringin ngan kek ni tak salah kalo nak mencuba..



BINTANG :- *** 3/5

Resepi asal dari hanamemories

Bahan-Bahan :-

1 1/4 cwn tepung naik sendiri
5 biji telur A
225gm mentega 
3/4 cwn gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie [kira-kira 5 keping biskut marie dan dipatah-patahkan kemudian kisar]
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk paste pandan
1/4 cwn susu pekat manis


Cara-Cara :-

Panaskan pengukus. Sediakan loyang lengserkan dengan mentega dan lapikkan dengan paper baking. [gris dengan mentega dan sedikit tepung]
Satukan tepung gandum, horlicks, tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata-rata.Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, putih dan gebu.[pastikan gula betul-betul hancur] gunakan kelajuan maksimum.
Masukkan telur satu demi satu. gunakan kelajuan manimum.
Masukkan susu pekat dan kacau.
Masukkan tepung tadi dikacau perlahan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian di campurkan dengan pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong.[tak perlu letak warna nanti ia akan jadi kuning setrelah dikukus]
Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang secara berselang seli atau berlapis.
Kukus selama 1 jam 20 min. Setalah masak sejukkan sebelum dipotong.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES