Skip to main content

KEK PISANG

Assalamualaikum....ni adalah n3 pertama me kt blog yg baru aje dirasmikan oleh me arini...nak ikutkan me ni masih dkirakn bebudak lg [walopun umo dah nk senja]...tp x kisah laa kan janji semangat nak belajar tu masih menebal dalam diri...jadi me nak kongsikan resepi yang pernah me cuba dari resepi-resepi yang me kutip dari blog kengkawan yang me anggap sifu gak laa dalam bidang blog & masakan nih....dan me jugak akan memberikan bintang bagi setiap resepi yang telahpun me cuba sebagai rujukan kengkawan...tp bak kata org laa..tak sume mata yang memandang benda yang cantik tu tetap cantik dan tak sume tekak orang tu dapat merasa keenakan dan kesedapan yang sama...jadi apa yang me rasa me kongsikan bersama....so selamat mencuba.... 




Bintang :- **** 4/5

Resepi asal oleh Yani MyR

Bahan-bahan :-
  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

     

Cara-cara :-

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit 

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES