Skip to main content

MEE CAMPAK

Wah wah wah...nampaknyer ari ni pun me nak masukkan resepi yang baru lagi...kalo semalam kita dah terai wat kek & jeli bagai...ari ni plak me nak kengkawan terai plak mee campak nih...memang senang sesangat...sambil pejam mata pun bleh buat...ye laa main campak-campak je...mesti de yang tanya sedap ke??? kalo nak tau sedap ke tak meh cuba dulu resepi nih...



Bintang :- **** 4/5

Resepi ikhlas Nurleen dari MyR

Bahan-bahan ( 4 orang ) :-

  • 600 gm atau sekati mee kuning
  • 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
  • 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air untuk jadikan kuah
  • Bahan untuk kisar:
  • 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
  • Bahan untuk sambal kicap:
  • 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!

Cara-cara :-

  1. Basuh mee kuning tadi dan toskan
  2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil
  3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
  5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!
  6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air
  7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
  8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu! 

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES