Skip to main content

MEE HAILAM

Ari ni me malas nak citer banyak...mood x berapa baik. Badan rasa nak demam..tekak terasa sakit..idung plak rasa tersumbat je...cuaca pun tak menentu sekarang ni...sekejap ujan sekejap panas...kalo panas tu terik sesangat...nak buka mata pun sakit. Hokay laa kalo ada yang sudi nak salin resepi mee hailam ni silakanlah...Ekceli mee dapat resepi ni pun dari bapak saudara me sendiri "Paksu Chan". Me suka sangat mee hailam nih...nak-nak dia sendiri yang masak...emmmm sedappppnya...kalo sesiapa yang nak cuba silalah ye... 



BINTANG :- ***** 5/5

Bahan-Bahan :-

1 paket mee kuning 
5 biji bawang merah diblender
2 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar cili kering yang dah diblender [kalo malas cili boh pun boleh]
daging/ayam/udang
1 senduk Kicap pekat [kalo nak hitam lebih boleh tambah lagi kicap tu]
Air secukupnya [kalo nak guna air rebusan daging/ayam pun boleh]
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung/ubi dibancuh dengan air
Sayur sawi


Cara-Cara :-

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 
Setelah itu masukkan pula cili kering. 
Masukkan kicap pekat dan garam kacau rata.
Campakkan daging/ayam. Biar sehingga empuk. Masukkan air dan tutup dengan tudung periuk. Kalo nak berkuah lebihkan air.
Apabila dah mendidih masukkan mee, sayur dan tepung ubi.Kecilkan api dan tutup dengan tudung periuk.
Bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan cili padi yang dipotong.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES