Skip to main content

ONDE ONDE @ BUAH MELAKA

Onde onde nih memang peberat me. Kalo dapat makan ari-ari pun tak pe. Nak buat pun senang je. Tak berpeluh ketiak nak mengulinyer.Bahan-bahannyer pun senang je kann??? Kalo sesape yang tak tau camne nak buat onde onde aka buah melaka nih..kat sini me tepekkan resepinyer...silalah mencuba dan me pasti anda takkan rugi punyer...



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi ni me cilok dari blog hasnidaomar

Bahan-bahan :-

Tepung Pulut
Gula Melaka dipotong dadu [ikut suka]
Kelapa parut putih
Air
Pewarna hijau
Pati daun pandan
secubit garam

Cara-cara :-

Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air, jangan sampai lembik nanti susah nak bentukkan menjadi doh.
Ambil sedikit adunan tadi dan letakkan gula melaka ditengah-tengahnya.Bulatkan comel-comel. 
Panaskan periuk berisi air dan masukkan buah melaka tadi kedalamnya.
Apabila buah melaka ni terapung, bolehlah diangkat.
Campurkan kelapa parut dengan secubit garam, dan golekkan buah melaka tadi keatasnya. 

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES