Skip to main content

ONION RING

Siapa suka makan onion ring angkat kening??? Haa suka kannn???? Ye laa kalo teringin nak makan onion ring ni kita nak kena pegi ke A&W baru laa dapat merasa. Dah laa harganya mahal ada laa dalam 5, 6 ketul. Nak makan pun tak puas. Kalo tak silap me yang instant [frozen] pun ada gak rasanya. Apakata kali ni kita buat sendiri. Hokay ari ni me nak kongsikan cara-cara nak membuat onion ring nih. Tapi kalo sesiapa yang tak suka makan bawang tu me tak bleh buat apa la ye...Layannnnnnn



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi ni me skodeng kat MyR Kak Fida

Bahan-Bahan :-

2 biji bawang besar [bawang jepun]
7sb tepung gandum
2sb tepung jagung
1/2sk baking powder
1/2sk gula halus
1/4sk serbuk cili
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1 biji telur
125ml susu segar
minyak untuk menggoreng


Cara-Cara :-

Bawang besar dikupas kulit dan dihiris bulat.Leraikan menjadi gegelang.
Satukan semua bahan kering didalam mangkuk dan kacau rata.
Satukan susu segar dan telur didalam mangkuk yang berasingan dan kacau sedikit.
Tuangkan campuran susu ke dalam campuran tepung dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak didalam kuali. Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik-balikan.
Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak. Hidangkan ketika masih panas.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES