Skip to main content

APAM PELANGI

Sekali lagi me teruja bila tengok apam yang cantik ni bila me menjengah ke rumah Kak Nor Secubitgaram. Sungguh menggoda apam pelanginya. Me pun rasa cam tak sabar-sabar nak membuatnya. Kalo tengokkan bahan-bahannya pun tak susah sangat. Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar me menjalankan projek membuat apam pelangi nih...dan tarraaaaa inilah hasilnya...kalo ada sesiapa yang sama teruja macam me, marilah mencuba dan me berani cakap memang apam nih teramat gebu dan yang pastinya tersangatlah syedaapppp....wallaaaaaaaa



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi yang me intai kat rumah Kak Nor Secubitgaram

Bahan-Bahan :-

2 biji telur
1 sudu teh ovallete
1/2 sudu teh esen vanilla
150gm tepung gandum
150gm gula halus - me guna 70 @ 80gm je
125ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit rasa
pewarna


Cara-cara :-

Pukul telur dan ovallete sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder kacau rata.
Sapukan majerin pada loyang dan taburkan tepung gandum
Bahagikan kepada 3 warna yg kita suka dan tuangkan selapis selapis hingga habis.
Kukus dalam 30 min sehingga masak.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES