Skip to main content

STICKY CARAMEL CHICKEN

Siapa yang rasa macam malas nak makan yang berat-berat ari ni apakata cuba resepi ni. Memang mabeles..kiranya tak rugi laa nak mencuba. Dah laa senang sesangat. Nak buat pun tak amik masa yang lama. Bahan pun mudah nak dapat. Rasanya pun me gerenti puas ati punya. Jom kita pakat makan chicken karamel ramai-ramai ari nih...cuba ek jangan tak cuba tau....




BINTANG :- ***** 5/5

Resepi mengancam dari mutiarazura MyR

Bahan-Bahan :-

12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih-diketuk dengan kulitnya sekali [tak perlu kupas]
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
1/4 cwn madu [60ml] - me guna gula je dalam 3 sudu besar


Cara-Cara :-

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan ayam. Kacau dan goreng selama 5 min.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap kemudian tutup kuali.
Kacau sekali sekala selama 15min atau sehingga semua ayam dah masak dan browned. [bersalut sengan sos]
Nota :- Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. jangan takut bila tengok sos macam hangit. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada ayam ia akan jadi caramelized macam ayam BBQ.

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES