Skip to main content

APAM MARMAR

Adoyaiii....dah hampir 2 bulan me tak menghapdet blog ni...dah naik bersawang...maklum le kebelakangan ni me sibuk sangat...macam2 benda nak kena buat...kekadang rasa masa sekarang ni pendek sangat...kejap je waktu berlalu...sedar2 nak nak masuk pertengahan tahun...okay laa me pun malas nak berceloteh panjang...kat sini me nak kongsikan resepi apam marmar...ekceli bila me tengok resepi ni sama je macam bahan2 apam pelangi...pepun terai je laaa ye....




BINTANG : ***** 5/5

Resepi nih me intai kat MyR ehsan dari Cik Mat Gebu

Bahan-bahan :-

250g tepung berserbuk penaik
200ml santan
200gm gula halus
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
1 camca ovallete
secubit garam
Pewarna merah & biru

Cara-cara :-

Satukan kesemua bahan kecuali pewarna
Masukkan dalam mixer dan pukul dengan perlahan hingga bergaul mesra
Lajukan speed dan putar hingga kembang dan pekat
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, 1 diwarnakan merah dan 1 lagi diwarnakan biru
Dalam loyang yang sudah dilengserkan majerin, masukan bancuhan berwarna tadi secara selang seli
Letakkan bahan yang tidak berwarna diatasnya
Gunakan spatula buat satu pusingan arah sebanyak 1 atau 2 kali
Kukus selama 45min. Sejukkan dan bolehlah dihidang.

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES