Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

KEK NESTUM

Kalau ari tu me dah cuba buat kek karpet hijau, ari ni me nak kongsikan dengan kengkawan kek nestum yang me intai kat fotopages Hajar. Memang sedap dan senang sangat nak membuatnya. Apa kata ari ni kita cuba buat kek ni pulak....



BINTANG : ***** 5/5
Resepi ihsan dari Fotopages as-hajar Fotopages
Bahan-bahan :
125g butter 125g gula kastor 150g tepung naik sendiri 3 biji telur 1 sudu teh esen vanila 3 sudu besar drinking chocolate/milo 3 sudu besar nestum
Cara-cara :
1. Pukul gula dan butter sehingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan. 4. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan       nestum.  5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan. 6. Bakar pada suhu 180C selama 35-40 minit.

AISKRIM STRAWBERRY

Emmmm eskrim lagi....Alaaa tak apa la ye....kita makan-makan eskrim plak kali nih...asik makan kek je...badan pun dah gebu macam kek...hehehe. Sebenarnya resepi eskrim ni kaedahnya...[wah lama plak tak digunakan perkataan  nih] sama macam nak membuat eskrim coklat munchy's...bezanya eskrim ni perisa stroberi...kalo tak suka stroberi boleh gak buat perisa yang lain...kalo rasa terliur ngan eskrim nih silakan laa mencuba yek... 


BINTANG :- ***** 5/5
Bahan-bahan :-
2 1/2 cwn Dutchlady full cream milk perisa strawberi 2 1/2 cwn coffemate Hirisan badam & Strawberi sebagai hiasan
Cara-cara :-
Sila ikut seperti di resepi Aiskrim Cokat Munchy's

AYAM MASAK TANJUNG

Wah!! nama resepi tak bleh blah bak kata orang memuda sekarang..Siap ada nama tanjung..tapi ni bkn anak tanjung mami penang ye..tapi Tanjung Blanja, Parit...hehehe. Ekceli me dapat resepi ni dari kawan baik me masa kat kampung~MA. Bila me tanya apa nama resepi ni, dia kata rendang ayam. Tapi bahan-bahan dia tu tak macam nak masak rendang ayam yang selalu kita buat tu. Jadi me sesaja kasi nama ayam masak tanjung sebab kawan me ni duduk kat Tanjung Blanja. 1st time me makan rendang yang dia buat ni terus jatuh chinta...shedaapppp!!! Dia pun dengan baik hati sudi berkongsi resepi ni dengan me tapi dia tak reti nak bagi sukatan yang tepat sebab dia kata dia masak pun main agak-agak & campak-campak je...memang betul laa kata orang kalo kita masak main campak-campak ni sedap je tekak ni menelannya...jadi kalo rasa tak tau nak masak apa ari nih meh terai ayam masak tanjung ni plak....




BINTANG :- ***** 5/5

Bahan-bahan :-

Ayam
Cili Kering
Serbuk kari ayam/daging
Kicap manis Bawang putih
B…