Selamat Datang & Terima Kasih

Kepada yang sudi singgah dan skodeng di blog daricelahdapur ni...me ucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan mencuba resepi-resepi yang terdapat di dalam blog ni...


Friday, May 20, 2011

KEK NESTUM

Kalau ari tu me dah cuba buat kek karpet hijau, ari ni me nak kongsikan dengan kengkawan kek nestum yang me intai kat fotopages Hajar. Memang sedap dan senang sangat nak membuatnya. Apa kata ari ni kita cuba buat kek ni pulak....




BINTANG : ***** 5/5

Resepi ihsan dari Fotopages as-hajar Fotopages

Bahan-bahan :

125g butter
125g gula kastor
150g tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar drinking chocolate/milo
3 sudu besar nestum

Cara-cara :

1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan.
4. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan  
    nestum. 
5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 35-40 minit.


No comments:

Post a Comment