Skip to main content

BISKUT BAHTERA KARAM


Haaa...mesti pelikkan nama biskut me kali nih..Me pun tak tau nak letak nama apa kat biskut ni. Kejadiannya tak seperti yang diharapkan tapi........ada tapi tu jeng jeng jeng....rasa dia...Masyaallah Tabarakallah sedapnyaaaaa...jadi suka suka ati me letak nama biskut nih bahtera karam. Ekceli nama biskut ni Biskut Sampan Nestum. Tapi disebabkan me tak ada acuan sampan, ceri meri pun tak ada jugak. Nak tukar ke acuan lain pun macam tak cantik je jadi dengan rasa tak bersalahnya me main tekan-tekan dengan garfu..jadi terhasillah Bahtera Karam nih...hukhukhuk. 



Bahtera ku karam dilautan sepi....


Biskut ni memang sedap!! Me buat setengah adunan je sebab takut tak menjadi disebabkan tak ada acuan sampan tu..Tapi me silap. Kalau tau jadi camgini punyer sedap baik buat terus satu adunan..Huh menyesal lak tak buat aritu...Me rekomen pada sesiapa yang suka makan biskut sampan nih. Rasanya sedap dan rangup. Kalau tak caya ce cuba terai test buat tengok. Mesti jadi biskut wajib dibuat untuk raya tahun depan punyer. Kalau nak buat kudap-kudap sambil tengok tv pun boleh jugak. Meh le terai buat!!!


Karam pun karam laa...janji sedappp...wallaaaaa!!!


Arini malas nak celoteh banyak sangat jom kita intai camana cara nak membuat biskut bahtera nestum versi chikadakbiru nih...yokkk!! Oppsss lupa lak nak ucap selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. Semoga tanahair tercinta ini akan terus aman dan makmur dibawah lindungan dan naungan Allah swt.


Rangup diluar mulut cair didalam mulut....


BINTANG :- ***** 5/5

Resepi me salin di blog chikadakbiru


Bahan-bahan :-

500 gm mentega pd suhu bilik
280gm gula perang
2 biji telur - 1 drpdnya diasingkan putihnya
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Kulit :-

3/4 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan tepung rose @ tepung gandum

Bahan Inti Nestum :-

1 cawan nestum
6 sudu besar tepung jagung

Hiasan :-

Ceri merah dibelah 4
Ceri hijau dibelah 4
Badam dipanggang dibelah 2


Cara-cara :-

Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.[gula perlu hancur kalau tidak susah utk keluar dr acuan]
Kemudian masukkan telur dan pukul sikit lagi. Masukkan esen vanila dan kacau.
Ambil 2 senduk adunan tadi dan bahagikan 2.
Untuk bahagian kulit, masukkan tepung jagung kacau guna senduk.
Kemudian masukkan sikit-sikit tepung gandum. Adun hingga tak melekat ditangan.
Untuk inti pulak, ambil 2 senduk tadi kita masukkan nestum dan tepung jagung.Kacau hingga sebati. Adunan akan lembik sedikit tapi jgn risau..memang dia jd macam tu.
Ambil acuan sampan letak adunan kulit tadi dan bentukan adunan agar sedikit berlurah.
Ambil sudu kecil atau pisau ratakan bahagian inti nestum ke dalam lurah tersebut. Letak lebih sikit pun tak apa. nanti dia naik cantik bila dibakar.
Sebelum bakar kita letak ceri dan badam atas adunan biskut tu.
Bakar pada suhu 170-180C dalam 20-25 minit.


***Me punya versi main campur je sume sekali cuma dikurangkan tepung jagung tu.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES