Skip to main content

THUMBPRINT CORNFLAKES


Sekejap betul masa berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk dua minggu kita meraikan hari raya aidil fitri tahun ni. Entah berpeluang atau tidak lagi kita menyambutnya pada tahun hadapan. Mudah-mudahan kita diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun yang akan datang...Amin. Ramai ke kengkawan atau saudara mara yang berkunjung ke rumah uols?? Masa ni laa kita nak ziarah menziarahi rakan taulan dan sanak saudara. Kalau hari biasa tu kalau tak ada sebab musabab jarang kita nak menziarah. Tambah-tambah duduk kat KL nih. Sibuk je memanjang.  Kalau nak datang berkunjung ke rumah teman-teman pun kena fikir dua tiga kali takut-takut mengganggu masa istirehat diaorang. 



Biskut wajib setiap tahun..itupun kalau rajin...ngeh3


Hujung minggu ni pulak mesti ramai yang nak buat rumah terbuka..Kiranya sepanjang hujung minggu di bulan Syawal nih mesti banyak jemputan untuk rumah terbuka. Sekarang ni masyarakat kat kampung pun dah suka  buat rumah terbuka ni untuk meraikan tetamu. Jangan sampai hilang nilai ziarah menziarahi tu sudah. Kalau kat bandar ni memang macam dah satu kewajipan pulak kalau buat rumah terbuka ni. Sume pakat nak buat dengan alasan senang kerja sekali harung je. Tak payah nak susah-susah buat itu ini lagi. Tapi dari segi nilai kemesraan tu mungkin agak berkurangan sikit sebab kita tak dapat nak melayan atau becerita panjang dengan setiap tetamu yang ada. Yang bagusnya rumah terbuka ni kita dapat meraikan tetamu sambil bersedekah menjamu makanan kepada tetamu yang datang. Tapi biarlah secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing..yang penting jangan pulak kita berlawan-lawan dengan jiran sebelah menyebelah nak tunjuk hebat menu siapa yang paling banyak dan yang paling sedap...no no no.


Resepi yang mesti dicuba...MESTI PILIH!!


Wokay laa berbalik pada resepi yang me nak kongsikan ni, rasa biskut nih memang superb bak kata omputih. Sekali rasa pasti nak lagi dan lagi. Rugi kalau tak cuba. Nak buatnya pun bukannya susah mana. Tak payah nak terap dengan acuan..gentel bulat-bulat kemudian tekan je dengan hujung jari. Haaa senang kan..Jangan risau kat blog me nih sume resepi yang senang cepat dan sedap punyer.. Siapa yang tak pernah buat biskut pun sure akan menjadi punya janji ikut sukatan yang disertakan. Kalau dah terer tu nak menderhaka pun tak ada hal laa..Resepi ni me CnP kat blog Rozzan. Kalau tak silap me resepi asalnya dari Chef tersohor siapa lagi kalo bukan Chef no Satu aka Chef Wan. So jom kita tengok bahan-bahannya.


Belum sempat raya dah abis satu adunan....


BINTANG :- ***** 5/5

Resepi ikhlas yang dikongsi oleh Rozzan blogspot


Bahan-Bahan :-

225gm mentega
1/2 cawan gula perang
2 biji telur [asingkan kuning dan putih]
1 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung serbaguna [me pakai tepung gandum je]
secubit garam diayak bersama tepung
1/2 cawan kacang walnut dicincang halus [me kisar gajus & badam]
1 cawan cornflakes yang dihancur halus.[satukan dengan walnut yang dicincang tadi]
jem raspberyy secukupnya @ apa-apa jem [me guna blackcurrent]


Cara-cara :-

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
Masukkan adunan tepung dan gaul rata. Bentukkan seperti guli kecil.
Pukul putih telur, celup guli ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam bahan cornflakes & walnut.
Dengan hujung jari ditekan leper sedikit dan dibentuk lubang kecil.
Isi dengan jem diatas lubang kecil tersebut.
Bakar dalam suhu 180C selama 12-15 minit sehingga kuning keemasan.





Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES