Skip to main content

ARANCIA COOKIES


Ya ampunnnnn!!! dah abis raya pun nak haplod biskut raya ke me oiii...alaa tak pe laa kan nanti leh masuk list untuk buat masa raya korban nanti. Takpun simpan je untuk koleksi biskut raya tahun depan. Ni sume gara-gara kemerajukan me punye BB. Tu yang tak dapat nak mengintai kat celah dapur me nih. Tak kira me nak kongsikan jugak resepi biskut ni...apa nak jadi jadi laaa....Macam me pernah tulis kat n3 sebelum ni, tahun nih laa biskut yang paling banyak me buat. So semangat nak berkongsi tu berkobar-kobar yahamat... Tapi tak laa semua biskut yang me buat nak dienteprem kan kat celahdapur me nih, cuma yang ala-ala sedap kat tekak me ni je yang nak me kongsikan. Nama biskut nih agak italiano sikit bunyinya..Ekceli me suka sangat dengan negara Itali...banyak senibina bangunan yang cantik-cantik ada kat sana. Sangat halus senibina nya yang ada dan agak unik. Ermmm...entah bila laa dapat merasa menjejakkan kaki kat sana tu...kalau dalam mimpi tu dah selalu sangat peginya...Tapi bab makanannya pulak cuma pizza je yang tekak me boleh telan. spagetthi ke, macaroni ke, fettucine ke, risotto ke, apa-apa pasta ke agak susah me nak telan...memang tekak kekampungan sangat me nih...hehe. 


Biskut arancia idaman hati...

Me pernah gak cuba makan spagetthi nih tapi tekak nih tak boleh nak telan..asik nak diluahkan je..Rasa macam makan getah pun ada. Tapi me tak pernah buat pun ada laa sekali dua cuba makan kat kedai. Agaknya mungkin tukang masak tu yang tak pandai buat kot..tu yang rasa macam makan getah je. Chewahh!! pepandai je menghentam tukang masak tu plak ye..dah diri sendiri very the mawar desa sangattt nak salahkan orang lain pulak. Kalau ada diantara uols yang terer masak pasta-pasta nih meh laa hantarkan sebekas dua kat me mana laa tau kot-kot lepas nih me boleh jatuh chenta dengan masakan itali nih..Nak-nak pulak airtangan uols yang very the berseni tu mesti lagi sedap dari masakan kedai-kedai yang pernah me pegi tu.. 


Biskut jadi jadian ...

Resepi ni me simpan dah lama..cuma nak buat tu macam tak bersungguh je..sebab resepinya simple sesangat..takut tak berapa nak sedap. Nanti takut terbuang kat dalam tong sampah je. Tapi tahun ni me cuba mengetest dengan membuat satu bancuhan. Nasib baek rasanya sedang elok je kat tekak me nih. Macam biasa me dah menaiktarapkan sikit resepi ni...sikit je tak menjejaskan rasanya pun. Me letakkan sultanas kat dalam biskut ni. baru laa terasa manis-manis masam...Arancia nih dalam bahasa itali. Kalau dalam bahasa kita buah limau atau oren. Jadi nama sebenar biskut nih ialah biskut oren. Haaa dapat kat me amik kau...sekelip mata namanya berubah...hahaha.


Biskut yang senang dibuat...

BINTANG :- **** 4/5


Resepi ni me tak ingat amik kat mana sebab dah lama sangat diperam.


Bahan-bahan :-

250gm butter
125gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil pes oren [me guna sunquick]
375gm tepung gandum
Pewarna oren & hijau [nih me tambah]
Sultanas atau Kismis secukupnya [ni pun me tambah jadikan dia inti kat dalam biskut tu.]

Cara-cara :-

Pukul butter dan gula ising hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pes oren dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.
Terapkan dengan acuan yang disukai.
Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.


*** Me malas nak terap pakai acu. Jadi me bulatkan sebesar guli kemudian letakkan sultanas didalamnya.






Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES