Skip to main content

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES


Wah wah wahhhh! Nama biskut tak boleh blah..very the internasionallll. Ber"crunchy" munchy bagai lak ye. Agak-agak sedap x biskut ni?? Ada ke rasanya sesuai dan sepadan dengan namanya yang very the internasionalnya tu???? Hishhh giler tak sedap wa cakap lu...Kalau tak sedap tak ada laa me kongsikan dengan uols. Kalah dengan cookies yang famous de amos tu tau...[tetttt!!! kat tekak me je laa..kihkihkih]. Tapi memang sedap pun. Terasa lemak kekacangnya dan kerangupan biskut ni. Memang tak akan menyesal laa kalau nak membuatnya. 


Rangupppppp sangatttt....


Ada cerita disebalik pembuatan biskut nih..Sebenarnya me tak pernah pun buat biskut coklat chip ni..tak kira laa resepi dari sesiapa pun. Ini kira pes taim laa me buat. Tapi kalau tengokkan buku resepi me memang banyak laa jugak dengan bermacam-macam resepi coklat chip ni. Tapi me lebih tertarik dengan resepi dari qasehququinne. Ayat power dia kat blognyer tu berjaya mengheret me ke celahdapur untuk membuat biskut nih..apatah lagi dengan gambar-gambar biskutnyer yang begitu menggoda dan mengiurkan terjebak jugak me ke kancah pembuatan biskut nih...haishhh! 



Kalau buat untuk jual pun lepas nih....


Cuba uols perati betul-betul kat gambar biskut me nih...apa yang kurang?? Cepat-cepat ce cuba teka...kalau sape yang teka betul nanti me bagi adiah...cepat masa berjalan ni....tiktoktiktok...kringggggg!!! opssss! masa dah tamat. Okay sila jauhkan mata uols dari dekat dengan gambar biskut nih. Memang tak ada barang yang tersembunyi pun kat situ...kehkehkeh. Cuma ada satu bahan yang terkurang dalam gambar tu. Nampaknya ada gak yang meneka dengan tepat ye..pandaiii!! Tu laa masa me buat biskut nih me tak tau la pulak yang coklat chip me ni manis yahamattt...dengan rasa ghairahnya selagi boleh me taruk coklat chip tu kat dalam bancuhan biskut nih..Kekunun nak nampak lebih laa kecoklatanchippannya tu...sekali bila dah bakar me oper laa pada juri tak bertauliah me [sape lagi kalo bukan somi mithali me nih..] dengan rasa berdebar dan ada rasa bangga sikit pasal ni pes taim tau me buat...sekali juri komen "apasal manis bebeno biskut ni yong oiii...nak bagi abang kena kencing manis ke?" Alamak!! yeke manis..bila me pulak rasa mak aiii...ni bukan setakat kencing manis...kencing berlari pun boleh jadi nih..ye laa nak kena sulam dengan air dulu baru boleh telan...memang manis sesangatttttt.....Jadi nak elak dari rasa manis yang teramat tu terpaksa la me jadi saadiah macam dalam citer musang berjanggut tu..keluarkan satu-satu coklat chip yang agak terlampau banyak tu...hukhukhuk. sedih tau dah laa penat nak membuatnya. Sekali nak kena buangkan pulak. Rasa cam nak menjerit je...Nasib baik sedulang dua je yang sempat me bakar. Kalau dah selesai bakar baru rasa memang ke tong sampah laa jawabnya. So pada uols yang nak buat biskut nih berhati-hati laa ye. Jangan ikut nafsu nak memperbanyakkan coklat chip kat dalam bancuhan biskut tu tau...nanti tak pasal-pasal dapat penyakit yang very the famous amos tu...kihkihkih



Walaupun coklatchipnya tak nampak tapi rasanya tetap menjadi pujaannnnku...
  

BINTANG :- ***** 5/5

Resepi dari qasehququinne


Bahan-bahan Diayak :-

280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (3 sudu kecil) serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung [me tak letak]
secubit garam

Bahan-bahan lain :-

250gm mentega
150gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
100gm (1/2 cawan) coklat chip - boleh ditambah atau dikurangkan ikut rasa masaing-masing
100gm kekacang [walnut, badam, gajus dll yang dicincang]
Kismis [optional]


Cara-cara :-

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan2 ayak dan kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip, kekacang dan kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. [me letak terus kat atas dulang pembakar]
Boleh juga diuli menjadi bebola kecil dengan menggunakan tangan dan susun atas dulang pembakar.
PERHATIAN : Jangan letakkan adunan biskut dengan rapat antara satu sama lain sebab dia akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit bergantung pada size. Guna api atas bawah.






Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA