Skip to main content

CHUCHOQ BILIS


Alahaiii resepi camni pun nak letak kat blog ke me oiii....kenapa??? Tak boleh ke?? Alaa me punya blog suka ati me laa nak letak resepi apa pun. Niat me cuma nak menghimpun resepi yang ada dan dalam masa yang sama me nak berkongsi kot kot ada yang nak mencuba...Kalau tak suka tak apa me tak paksa pun..Mungkin bagi orang yang dah "terer" memasak...memang tak pandang pun resepi ni. Tapi bagi orang yang amatur macam me nih, resepi yang simple camgini memang jadi keutamaan. Nak-nak pulak kalo ada yang teringin nak mencuba memasak tapi tak pandai sangat...sekurang-kurangnya resepi yang ada ni boleh menaikkan semangat diaorang untuk mencuba...Okay laa meh kita tengok apa resepinya...


Chuchoq yang garing dan rangup....

Resepi chuchoq bilis nih sama je macam yang orang lain buat...ada tepung, ikan bilis, cili & bawang. Tapi yang me punya nih agak garing dan rangup sikit..[tak laa rangup cam keropok tu..] Tapi kategori rangup laa jugak. Chuchoq ni sedap dimakan masa tengah panas-panas. Kalo dah sejuk tu agak liat sikit...Tapi rasanya tetap sedap...Nak-nak pulak kalo time ari ujan..apapun sedap je..liat-liat pun abis sepiring. Kalo ada yang rasa-rasa nak mencuba silakan la ye... :-)


Sedap dicicah bersama cili sos



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi hasil olahan me sendiri.

Bahan-bahan :-

Tepung gandum
Ikan Bilis [ditumbuk pun boleh tp jgn sampai lumat]
Cili kering yang dikisar @ Cili Boh
Bawang merah [kalo me mkn me tak suka letak bawang]
Sedikit Air 
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-cara :-

1. Masukan tepung, ikan bilis, bawang, cili boh, serbuk kunyit dan garam ke dalam bekas.
2. Masukan air sedikit demi sedikit kedalam bancuhan diatas dan gaul rata.
3. Gaulkan dgn sudu/senduk secara arah lawan jam. Pastikan bancuhan chuchoq dalam keadaan sedang2.
    Jangan terlampau pekat atau terlampau cair.
4. Goreng didlm minyak yang penuh menutupi chuchoq tu. Sambil ayun2 kan chuchoq tu didalam kuali.    
    [Jangan asik ayunkan tgn mcm usop dlm citer antu kak limah tu plak udoh laa ye..hehe]. Nanti akan  
    nampak ada gelembung pada chuchoq tu.
5. Bila dah kekuningan angkat dan hidangkan dengan cili sos.





   

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES