Skip to main content

BILA KORANG MULA BELAJAR MEMASAK?


Emmmm...korang ingat lagi tak bila mula belajar memasak? Apa resepi pertama yang telah korang cuba? Menjadi ke tidak masakan tu? Siapa mangsa yang terpaksa menelan hasil airtangan korang tu ek? Hihi....

Banyak nau soklan teman ni ye. Bukan apa teman rasa...teman nak berkongsi cerita pasal masak memasak laa. Tambahan pulak blog ni banyak berkisar tentang resepi masakan. Sebenarnya blog ni pun dibuat secara tak sengaja. Alasannya sebab senang teman nak menyimpan segala resepi² yang mudah dan sedap yang pernah teman cuba. Jadi disinilah tempat yang mudah untuk teman mencari dan merujuk bila perlu.

Jadi disebabkan teman dah lama tak mengemaskini resepi² disini...ada baiknya teman berkongsi cerita. Jika ada manfaat sila amik buat panduan...kalo sebaliknya jgn sesekali diikutkan 😊.


Alkisahnya...

Di awal usia remaja, teman ni bukanlah seorang yang pandai ataupun mahir memasak. Setakat nak masak air tu boleh laa. Tetapi secara jujurnya teman nak masak nasi pun tak reti. Abih tu tak tolong mak kat dapur ke?  Mesti ada yang tertanya² macam ni kan? Ya! tak pernah. Bukan sebab tak nak menolong...tetapi cara mak teman ni dia tak suka bila ramai orang di dapur bila dia tengah memasak. Dia lebih selesa bila berseorangan dan kerjanya akan jadi lebih cepat siap. 

Jadi disebabkan itu teman tak pandai langsung nak masak memasak ni. Bayangkan ada sekali tu teman pegi campaign anjuran pihak sekolah. Masa tu kalo tak silap, teman baru berumur 14 - 15 tahun. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diwajibkan melantik seorang untuk menjadi tukang masak. Masa ni segala peluh jantan betina dah keluar. Seram sejuk kaki teman. Teman dah sesiap berdoa dalam hati jangan laa nama teman yang naik. Tuptup...bila kengkawan cadangkan nama teman...Allah! Rasa nak pengsan...rasa nak lari balik ke rumah kejap tu jugak. 

Bila tiba waktu teman kena masak tu berpeluh² seluruh badan...mengeletar jangan cakap laa. Padahal benda yang nak kena masak tu senang sesangat (sekarang boleh eksyen laa cakap camgitu) Masak nasi, sardin dan gulai lemak putih taugeh. Itu je...tapi takutnya mengalahkan nak menghadap guru beso. Tapi teman bernasib baik, pada masa tu teman dipasangkan dengan seorang lagi kawan untuk sama² memasak. Dia amik tugas untuk memasak sardin dan gulai lemak putih taugeh. Teman cuma diarahkan untuk masak nasi saja. Teman fikir ok laa kan. Masak nasi je. Basuh beras...masuk air. Tanak. Siap. 

Tapi malang tidak berbau...kalo tak tau mengaku tak tau...jangan amik mudah setiap benda yang kita rasa senang dan boleh buat. Jangan ingat masak nasi tu senang sangat kalo selama ni nak pegang beras pun tak pernah. Nak sukat air pada beras apatah lagi. Kawan teman tu dah siap dua jenis masakan. Nasi teman tak masak² dari tadi. Bila kawan tu datang tengok mengeleng kepala dia kat teman. Dia bagitau cikgu suruh kemas semua dan hidangkan makanan. Masak ke tak masak nasi tu kena hidangkan segera. 

Kenangan di zaman persekolahan yg paling seronok sekali


Tiba laa saat semua kawan² menjamu selera. Perut teman yang dari tadi lapar sesangat terus bertambah lapar bila kawan² merungut bagitau nasi tu mentah. Disebabkan jadual yang padat dan ketat kami tak ada masa nak meng-alter nasi tu. Jadi semua pakat hadap nasi mentah. Esoknya sume orang sakit perut. Maafkan teman ye kawan²...
Nasi dah jadi bubur sedap lagi dimakan...ni nasi dah jadi mentah masing² laa berkejaran ke jamban 😅.

Abis tu bila teman mula belajar memasak? Setahun sebelum teman bergelar isteri orang. Masa ni laa teman pulun betul²...belajar sungguh². Dulu tak ada komputer tak ada smartphone tak ada internet...jadi segala resepi teman tulis dalam buku. Bila dah berkahwin duduk berjauhan dengan mak. Telefon awam laa jadi perantaraan menanya resepi kat mak. 



 Dulu kalo jumpa je majalah yg ada resepi mesti beria salin & simpan...tapi nak buatnya tak tau bila 🙊


Teman ingat lagi tahun pertama menyambut hari raya korban. Teman dan suami tak dapat balik kampung sebab cuti suami masa tu dah abis. Jadi kami berdua sambut hari raya korban dekat kolumpo je. Masa ni teman sedih sangat..ye laa dah laa duk berjauhan dengan mak. Pertama kali sambut hari raya tanpa keluarga. Rindu dengan adik² lagi. Yang lagi sedih tak dapat makan rendang ayam yang mak selalu masak di pagi raya. Huuwwaaaa!!!

Demi nak memujuk hati si isteri ni...si suami bagitau nanti dia belikan ayam...bolehlah masak rendang ayam yang macam mak tu buat. Tapi masa tu si suami ni teringin sangat nak makan rendang daging. Dia minta teman masakkan untuk makan pagi raya nanti. Disebabkan nak jadi isteri yang solehah lagi bolehlah...ditambah pulak aura seri pengantin baru tengah hangat..jadi teman ikutkan aje laa walopun dalam hati teman ni meronta² nak buat rendang ayam 😄.

Jgn sakit mata tgk tulisan teman tu ye...


Dengan gigihnya pepagi hari tu teman kelentung kelentang kat dapur sensorang. Semangat betul nak memasak rendang daging ni. Orang kata kalo masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang akan bertambah sedap masakan kita tu. Bila teman tercium je aroma rendang tu menusuk² hidung perghhh!! Wangi harum semerbak. Macam tak percaya je budak yang masak nasi mentah tu dah pandai masak rendang sekarang 😅.


Dipendekkan cerita di pagi raya tu terhidang laa rendang daging masakan teman. Oh! Lupa nak bagitau...rendang ni baru pertama kali teman buat ye...selama belajar memasak ni, belum pernah sekali pun teman cuba membuatnya. Dengan tertibnya si suami menjamah laa rendang daging tu dengan berkerut di dahi. 

"Awak tak pernah masak rendang ke sebelum ni?" tanya si suami.

"Kenapa? Tak sedap ke?" tetiba teman rasa malu pulak.

"Masa awak masak tadi tak ada rasa ke dulu?" 

"Masin ke? Rasa macam ok je tadi...tapi bau dia memang macam rendang yang mak masak tu...rasa tak tau laa..." 

"Abang rasa macam pèdo (pahit kelat) sikit laa"

Masa teman masak tu mungkin tengah panas jadi teman rasa cam gitu² je...lagipun teman memang tak pandai nak merasa bila tengah masak....almaklum laa tak pro lagi. Bila teman cuba makan rendang tu dengan nasi...ya ampunnnnn!!! Malas laa nak citer pepaham sendiri laa ye 😂.

Jadinya teman amik semula rendang daging tu teman basuh...pikir punya pikir...akhirnya teman amik keputusan untuk jadikan daging rendang tu bertukar ke daging masak kicap. Walla! Selamat jugak masuk dalam perut walopun ntah pape rasanya masa tu.



Masa ni semangat nak buat kuih dr airtgn sendiri...maklum laa baru bergelar isteri 😄


Yang penting bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat. Jangan liat sangat nak belajar dan perbaiki masakan kita. Sedap atau tidak terpulang dekat tekak masing². Setiap dari kita tekak tak sama. Allah tu kan adil. Jadi berusahalah sebaik mungkin untuk dapat hasil yang maksima. Jangan mudah berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna akan gagal lagi. 

Alhamdulillah sekarang ni teman bukan laa pro sangat bab masak memasak ni tapi sekurang² nya teman dah mencuba. Cuma satu je... bab masak nasi ni sampai sekarang teman fobia...ye laa kalo terpaksa masak untuk ramai orang makan, takut sejarah mungkin berulang 😂😅.



Tahun kedua menyambut hari raya aidil fitri as somi isteri 🍒




Ciao!


P/s: pertama kali teman masak kek...kek tak menjadi. Nak salahkan resepi ke...salahkan diri sendiri? 🙊







Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES