Skip to main content

BLOG YANG DIANAKTIRIKAN


Fuhhh!!! Lama giler dah teman tak menjenguk kat blog nih. Sume gara-gara dah lupa email address & password. Ditambah pulak laptop yang dah pandai buat perangai lagi laa rasa bercinta sangat nak menghapdet kat sini. 

Tapi disebabkan semangat nak memblog semula (tak tau laa sampai bila bersemangatnya) 😉 jadi diusahakan jugak teman mencemar duli kat sini.


Kali ini mungkin...mungkin....bukan setakat nak menyimpan resepi aje kat sini tapi teman rasa macam nak berkongsi cerita dan berkongsi rasa disini. Itupun kalau semangat JIN (dibaca rajin) bertandang laa 😅.



Kalo dulu teman asik duk ralit melayan pesbuk tapi sekarang dah beralih arah ke instagram pulak. Tu yg teman langsung tak amik tau dah pasal blog nih. Harap-harapnya lepas ni bersemangat waja laa tuk teman menulis lagi...walopun ayatnya banyak yang caca merba 😎.



Jadi sempena nak naikkan semangat teman supaya selalu menjengah kat sini...arini dengan rasminya teman memotong reben membuka semula blog ni dengan mengubahsuai sikit tema di blog yang dah lama bersawang. Diharapnya dapat membantu laa ye...😄



Ok laa teman ciao dulu nanti kalo ada yang menarik nak dikongsi teman akan lepak lagi kat sini 😘.







P/s: "teman" tu kataganti bagi saya, aku..ni loghat oghang peghak..ateeee 🍒

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES