Skip to main content

KEREPEK GUNTING

Aritu  sesambil   nak   mengemaskini    blog   ni teman  tertengok  kat   bahagian   draf  rupanya ada  dua  tiga  resepi  yang  dah  teman siapkan cuma  belum  sempat  untuk  di publish kan kat  sini.

Jadinya   daripada   terperap  je   kat  situ   baik teman   letakkan   kat  sini.  At  least  kalo   ada sesiapa   yang   tengah  mencari  resepi   untuk buat kudap-kudapan bolehlah mencuba  resepi  ni. 

Okay  laa   kita   teruskan  dengan   resepi  yang pernah  teman   cuba   pada   lima   tahun  yang lepas.  Dalam  beberapa tahun tu teman pernah jugak  membuat   kerepek   gunting  ni  dua tiga kali.  Alhamdulillah   rasanya  juga   tak  menge-cewakan. Sesuai untuk dibuat kudap-kudapan. 



                      Kudapan yang agak mudah jugak untuk dibuat



Kerepek yang tak jemu dimakan....

Bagi yang nak mencuba silakan. Teman nak mintak maaf pada empunya resepi ni...teman tak ingat dah amik kat blog mana dulu.  


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit²…)
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara-cara: 

Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
Tuang bahan kisar kedalam tepung
Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). 
Bila dah garing angkat dan sejatkan.
Siap untuk dimakan :)


Ciao!


P/s: ekceli ada beberapa keping gambar kerepek ni tapi teman dah terdelete plak 😥

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES