Skip to main content

APAM BAJET GEBU GEBAS

Haaa....kalo tengok tajuk pos atas tu mesti ramai yang dah tau pasal apam viral 3 bahan tu kannn? Sana sini teman tengok ramai yang dah mencuba membuatnya. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tengokkan resepinya tersangatlah mudah & bahan-bahannya pun tak makan belanja yang banyak. Nak nak pulak zaman sekarang ni kalo boleh semua nak berjimat cermat.  


 Percubaan pertama...nasib menjadi

Jadi setelah teman telek-telek resepi tu, teman amik keputusan untuk cuba membuatnya. Walopun keyakinan peratus untuk apam tu menjadi dalam 50-50 tapi dek sebabkan semangat nak membuatnya teman belasah jugak.

Sedap jugak walo hanya guna 3 bahan


Alhamdulillah menjadi jugak apam 3 bahan teman ni. Rasanya pun sedap & tak terlalu manis. Kebetulan masa teman buat apam ni ada mak sedara datang dari kampung. Dapat laa dia merasa sesambil mintak komen dari dia. Mak sedara teman pun kata sedap. Siap mintak dibekalkan lagi. Acece bangga jap rasa. Maklum laa teman ni bukannya pandai masak sangat. Bila otai dah puji tu berbunga-bunga laa jugak rasa hati tu. Nasib baik apam ni elok cantik kejadiannya. Kalo tak memang ke tong sampah jawabnya. 


 Buat lagiiiii....


Disebabkan pertama kali buat aritu menjadi dengan jayanya. Maka untuk kali keduanya teman buat lagi. Kali ni kengkawan pak incik ada buat "gathering" kat Port Dickson so teman buat apam ni untuk dibawa ke sana. So ini laa hasilnya...


Dah masuk dalam bekas baru teringat nak amik gambo


 Gebus gebas apam ni

Ekceli apam ni sama je macam resepi apam pelangi & apam mamar yang teman pernah buat dulu. Cuma bezanya resepi yang ni cuma pakai 3 bahan je. Rasanya pun lebih kurang, tinggal lagi apam yang ni lebih padat sikit teksturnya. Sedangkan apam pelangi & apam marmar tu lebih ringan dan serasa cair dimulut.


 Buatkan untuk adik ipar pulak


Ni kali ketiga teman buat atas permintaan adik ipar. Dia teringin katanya. Alhamdulillah dia pun suka jugak. Sesedap rasa ditekaknya. Jadi kalo sesape yang belum lagi mencuba resepi ni, meh laa buat. Bahan tak banyak mana pun. Teman yakin rasanya tak akan mengecewakan kat tekak korang.


 Dari sisi tepi 


Kat sini teman letakkan resepinya. Kalo ada yang rajin nak mencubanya dipersilakan. Kalo tak menjadi jangan salahkan resepi, terkadang benda tu terjadi atas kesilapan diri kita sendiri.  Jangan pernah berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna akan terus gagal, asalkan ada semangat yang tinggi...Insyaalah semuanya akan dipermudahkan.


Sesuai dibuat untuk minum petang


Bahan-Bahan:

3 biji telur
1 cwn gula kastor (teman guna gula biasa tp kurangkan sikit x sampai secwn)
1 cwn tepung gandum
*Esen vanila - optional (teman taruk sikit)

Cara-Cara:

1.Putar telur dan gula sehingga kembang menggebu .
2.Masukkan tepung dan kacau kaup balik.
3.Panaskan kukusan dahulu sebelum masukkan apam. PASTIKAN pengukus betul2 panas.
4.Kukus dlm 20-30 minit. Cucuk dgn lidi kalo melekat biarkan dikukus lagi.



Ciao! 🍒



P/s: Ekomoni tak berapa nak bagus ni elok sangat laa kalo dapat resepi-resepi yang bajet-bajet camgini. Jimat, mudah & sedap. 😋

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES