Skip to main content

CHOCOLATE OREO

Hai awak!!!


Masak apa je arini? Cuti sekolah ni tak pergi bawak family bercuti ke mana-mana ke? Tak dapat bercuti jauh dalam Malaysia pun okay jugak. Janji dapat jalan-jalan sambil cuci mata. Kolumpo ni ari cuti ke tak cuti ke sama je. Pusing kot mana pun jalan mesti jammed nak pergi memana pun malas. 

Tapi kalo dapat pergi bercuti tengok tempat orang seronok jugak. Nak-nak pergi ke pulau ke berkelah kat air terjun ke..best jugak! Ni kalo setakat berjalan turun naik shopping mall membelinya tidak buat penat kaki je. Baik melepak kat dalam rumah sesambil tu boleh jugak menajamkan skill memasak ke mendekorasi rumah ke. Kannnnn?😊

Kalo korang tak tau nak buat apa....meh sini apakata cuba resepi yang teman nak kongsikan ni. Ekceli resepi ni teman dah buat dua tiga tahun yang lepas. Tapi terpaksa diperam sebab lappy teman punya hal laa ni. Lagi pulak teman pun dah tak ingat langsung password blog. Tu yang dapat intai dari kejauhan je tapi tak boleh nak menerjah masuk. 

Okay laa resepi ni dulu agak fofuler jugak. Banyak blogger yang dah pernah mencuba membuatnya dan berkongsi resepi di blog masing-masing. Arini teman kongsiksn pulak kat sini. Selamat mencuba!



Pertama kali buat not bad jugak rasa dia.



Ni kalo dapat kat bebudak memang abis hati diaorang



Kalo nak buat sebagai door gift pun sesuai gak


Bahan-bahan:
300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya. (teman tak guna edible tp gantikan dgn strawberry compaund)

Cara-cara: 
Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag

Sediakan acuan.
Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja.

Kemudian ketuk-ketukkan acuan atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar.

Selepas itu, susunkan biskut oreo.
Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar sedikit.

Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.
Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan tekan-tekan sikit. 

Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah keras keluarkan dari acuan.

Jika ada lebihan coklat di acuan, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya.

*Sediakan Edible Imej yang kita suka.
Sapukan sedikit coklat di belakangnya.
Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi. Kemaskan. 
(Step yg ni teman gantikan dgn strawberry compound yg telah dicairkn secara double boiler dan piping atas coklat orea tu)

Credit : norazlitaaziz.blogspot.my




Ciao!


P/s: coklat faberet teman dulu kini selamanya tak lain tak bukan whittaker's almond gold...ada ke yg nak blanja coklat ni ke teman?😋😉

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES