Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

LEPAK SANTAI DI AIDIL FITRI

Dah lama sangat rasanya teman dan pak incik (somi teman) tak buat makan-makan menjemput kengkawan datang ke rumah. Kalau dulu selalu jugak kami buat samada di hari raya ataupun di hujung minggu hari-hari biasa.

Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai sambil berborak dengan kengkawan yang sekepala ni. Maklum laa nak berjumpa selalu tu dah agak payah sekarang sebab memasing terikat dengan komitmen. Yang dedulu bujang sekarang sume dah berkahwin & beranak pinak. 


Syawal yang ke 16 hari tu pak incik menjemput kengkawan sekolahnya untuk lepak santai di kediaman kami. Tapi jemputan pun tak ramai sebab teratak kami ni kecik je & lagipun ramai antara kengkawannya masih tinggal di Perak. 


Alhamdulillah teman berjaya jugak menyediakan sendiri semua menu-menu yang ada walaupun teman bukannya pandai sangat memasak. Pak incik pun tak nak ketinggalan menunjukkan skill dalam menyediakan 'speciality menu' nya Tomyam Kebabom. 


Antara menu yang sempat disediakan Rendang Ayam, Daging Denden…

MEE AYAM ALA INDO

Bila tiba ari malas tu nak menghapdet blog pun rasa tak bersemangat. Padahal ada 2, 3 resepi yg teman dah cuba & wajib kena simpan disini untuk rujukan yg akan dtg. Jadinya rajin ke tak rajin, teman kena jugak laa hapdet resepinya kat sini. Moh ler tgk apa plak resepi kali ni.


Guna apa yg ada je


Di pendekkan cerita hari ni teman nak berkongsi resepi mee ayam. Tapi ni bukan mee maggie perisa ayam tu ye. Ni mie ayam Indonesia style. Pertama kali teman makan mee ayam ni masa teman pegi ke  Bandung Indonesia dulu. Sedap sgt rasanya & kena pulak dgn tekak teman ni. Tapi resepi yg ni bukan seratus persen mcm mie ayam Indonesia tu, yg ni teman buat mee ayam versi sendiri. 



Yg berminyak tu dr lelemak ayam ye

Teman pun malas nak membebel banyak..kalo ada yg teringin nak mencuba silakan ye! 


Bahan2:
2 keping mee kering  Isi Ayam Kulit & lemak ayam 1 biji telur 6-7 biji cili burung dihiris Seulas bawang putih dicincang 1 kiub ayam Garam Sawi Carrot 7 cawan air 1sb minyak utk menumis
Cara2:
Tumiskan cil…

BISKUT HANTARAN KASIH

Awal bulan aritu famili teman telah mengadakan satu majlis pertunangan untuk adik teman yang bongsu. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancarnya.
Pihak perempuan menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak lelaki.
Berdebar menanti hari disatukan nanti
Insyaallah kalau tiada aral dan diizinkanNya mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan akan berlangsung pulak majlis kenduri kawin. 
Dah menjadi tunangan orang..huhu
Teman menghadiahkan sebekas hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Pada awalnya teman ingat nak beli je apa-apa manisan atau biskut, tetapi  setelah difikir-fikirkan ada lebih baik teman sendiri yang membuat biskut tersebut. Dalam masa yang sama teman boleh mencabar keyakinan diri sendiri untuk membuatnya.
Pertama kali buat biskut ni sedap sangat
Setelah mentelaah segala resepi biskut yang ada teman mengambil keputusan untuk membuat biskut arancia aka biskut limau. Kalo dari segi rupa bentuk kejadiannya dah tak rupa macam biskut limau tap…