Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

BISKUT HANTARAN KASIH

Awal bulan aritu famili teman telah mengadakan satu majlis pertunangan untuk adik teman yang bongsu. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancarnya.
Pihak perempuan menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak lelaki.
Berdebar menanti hari disatukan nanti
Insyaallah kalau tiada aral dan diizinkanNya mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan akan berlangsung pulak majlis kenduri kawin. 
Dah menjadi tunangan orang..huhu
Teman menghadiahkan sebekas hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Pada awalnya teman ingat nak beli je apa-apa manisan atau biskut, tetapi  setelah difikir-fikirkan ada lebih baik teman sendiri yang membuat biskut tersebut. Dalam masa yang sama teman boleh mencabar keyakinan diri sendiri untuk membuatnya.
Pertama kali buat biskut ni sedap sangat
Setelah mentelaah segala resepi biskut yang ada teman mengambil keputusan untuk membuat biskut arancia aka biskut limau. Kalo dari segi rupa bentuk kejadiannya dah tak rupa macam biskut limau tap…