Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

BUBUR PULUT HITAM

Dah lama rasanya tak makan bubur...tetiba tekak me ni teringin pulak nk makan bubur hitam. Jadi me selongkar almari intai-intai ada laa pulak pulut hitam ni. Jadi me pun memulakan operasi membikin bubur pulut hitam.  BINTANG :- *****5/5 Resepi ni me ambil dari mak me sendiri Pn. Hasmah  Bahan-bahan :- Pulut hitam [direndam beberapa jam] Gula Santan  Daun pandan Garam secukup rasa Cara-Cara :- Masukkan pulut hitam yang telah kembang kedalam periuk dan rebuskan Masukkan santan, daun pandan, gula dan garam secukup rasaa Masak sehingga mendidih pastikan tidak pecah minyak Dan bolehlah dihidangkn untuk minum petang.

KEK NESTUM

Kalau ari tu me dah cuba buat kek karpet hijau, ari ni me nak kongsikan dengan kengkawan kek nestum yang me intai kat fotopages Hajar. Memang sedap dan senang sangat nak membuatnya. Apa kata ari ni kita cuba buat kek ni pulak.... BINTANG : ***** 5/5 Resepi ihsan dari Fotopages as-hajar Fotopages Bahan-bahan : 125g butter 125g gula kastor 150g tepung naik sendiri 3 biji telur 1 sudu teh esen vanila 3 sudu besar drinking chocolate/milo 3 sudu besar nestum Cara-cara : 1. Pukul gula dan butter sehingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan. 4. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan       nestum.  5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan. 6. Bakar pada suhu 180C selama 35-40 minit.

AISKRIM STRAWBERRY

Emmmm eskrim lagi....Alaaa tak apa la ye....kita makan-makan eskrim plak kali nih...asik makan kek je...badan pun dah gebu macam kek...hehehe. Sebenarnya resepi eskrim ni kaedahnya...[wah lama plak tak digunakan perkataan  nih] sama macam nak membuat eskrim coklat munchy's...bezanya eskrim ni perisa stroberi...kalo tak suka stroberi boleh gak buat perisa yang lain...kalo rasa terliur ngan eskrim nih silakan laa mencuba yek...  BINTANG :- ***** 5/5 Bahan-bahan :- 2 1/2 cwn Dutchlady full cream milk perisa strawberi 2 1/2 cwn coffemate Hirisan badam & Strawberi sebagai hiasan Cara-cara :- Sila ikut seperti di resepi Aiskrim Cokat Munchy's

AYAM MASAK TANJUNG

Wah!! nama resepi tak bleh blah bak kata orang memuda sekarang..Siap ada nama tanjung..tapi ni bkn anak tanjung mami penang ye..tapi Tanjung Blanja, Parit...hehehe. Ekceli me dapat resepi ni dari kawan baik me masa kat kampung~MA. Bila me tanya apa nama resepi ni, dia kata rendang ayam. Tapi bahan-bahan dia tu tak macam nak masak rendang ayam yang selalu kita buat tu. Jadi me sesaja kasi nama ayam masak tanjung sebab kawan me ni duduk kat Tanjung Blanja. 1st time me makan rendang yang dia buat ni terus jatuh chinta...shedaapppp!!! Dia pun dengan baik hati sudi berkongsi resepi ni dengan me tapi dia tak reti nak bagi sukatan yang tepat sebab dia kata dia masak pun main agak-agak & campak-campak je...memang betul laa kata orang kalo kita masak main campak-campak ni sedap je tekak ni menelannya...jadi kalo rasa tak tau nak masak apa ari nih meh terai ayam masak tanjung ni plak.... BINTANG :- ***** 5/5 Bahan-bahan :- Ayam Cili Kering Serbuk kari ayam/daging Kicap man

APAM MARMAR

Adoyaiii....dah hampir 2 bulan me tak menghapdet blog ni...dah naik bersawang...maklum le kebelakangan ni me sibuk sangat...macam2 benda nak kena buat...kekadang rasa masa sekarang ni pendek sangat...kejap je waktu berlalu...sedar2 nak nak masuk pertengahan tahun...okay laa me pun malas nak berceloteh panjang...kat sini me nak kongsikan resepi apam marmar...ekceli bila me tengok resepi ni sama je macam bahan2 apam pelangi...pepun terai je laaa ye.... BINTANG : ***** 5/5 Resepi nih me intai kat MyR ehsan dari Cik Mat Gebu Bahan-bahan :- 250g tepung berserbuk penaik 200ml santan 200gm gula halus 2 biji telur 1 camca teh esen vanilla 1 camca ovallete secubit garam Pewarna merah & biru Cara-cara :- Satukan kesemua bahan kecuali pewarna Masukkan dalam mixer dan pukul dengan perlahan hingga bergaul mesra Lajukan speed dan putar hingga kembang dan pekat Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, 1 diwarnakan merah dan 1 lagi diwarnakan biru Dalam loyang yang sudah dilen

KRAP KRUP NESTUM

Sawaddi...Sabai di mai???? Chewahhh chewahhh me nk berbahasa thai plak yek...macam laa me ni pandai sangat ...Tak pe laa kan sekali skala kita belajar bahasa luar...Sekurang-kurangnya ilmu yang kita dapat boleh diguna pakai walopun hanya sepatah dua kata....hikhikhik....Okay laa resepi yang nak me kongsikan kali ni namanya Krap Krup Nestum...haaa kalo tengokkan namanya dah macam ala-ala thai kan???Tapi yang ado...Ekceli nama resepi ni popia nestum...me je yang saja gatal nak "mengantarabangsakan" namanya...Biar kengkawan rasa teruja nak menerainya...kihkihkih...Rasanya camane??? Walawei  shedapppppp sangattttt....kalo tak caya meh la terai buat.... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi ni me dah lupa amik kat mana mintak halal ye tuanpunya resepi Bahan-Bahan :- 1 paket kulit popia 1 sudu tepung gandum [dibancuh dengan air untuk dijadikan gam] Minyak untuk menggoreng * 1 cawan nestum dikisar halus * 1 cawan gula ising * untuk digaulkan dengan kulit popia

TELUR MASAK SAMBAL

Huh!!ari ni, ari malas sedunia..Virus M dah menyerang dalam diri me..Nak masak pun tak ada mood...Tengok bahan-bahan kat lam peti sejuk pun tak ada apa yang menarik nak dimasak. Jadi dengan rasa tak malunya me nak kongsikan resepi yang tak berapa nak menggoda bila menengoknya...So kalo ada sesiapa yang diserang virus M nih meh laa kita mencuba resepi nih ye... BINTANG :- ***** 5/5 Bahan-Bahan :- *6 tangkai cili kering *2 ulas bawang putih *1 biji bawang besar *sedikit belacan  * kesemua bahan di atas dikisar 2 biji telur gula  secubit garam Cara-Cara :- Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula dan secubit garam secukup rasa. Pecahkan telur dan kacau hingga agak-agak hancur. Setelah telur dan sambal bersalut bolehlah dihidangkan.

STICKY CARAMEL CHICKEN

Siapa yang rasa macam malas nak makan yang berat-berat ari ni apakata cuba resepi ni. Memang mabeles..kiranya tak rugi laa nak mencuba. Dah laa senang sesangat. Nak buat pun tak amik masa yang lama. Bahan pun mudah nak dapat. Rasanya pun me gerenti puas ati punya. Jom kita pakat makan chicken karamel ramai-ramai ari nih...cuba ek jangan tak cuba tau.... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi mengancam dari mutiarazura MyR Bahan-Bahan :- 12 keping kepak ayam 2 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih-diketuk dengan kulitnya sekali [tak perlu kupas] 1 sudu besar halia dicincang 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar kicap 1/4 cwn madu [60ml] - me guna gula je dalam 3 sudu besar Cara-Cara :- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan ayam. Kacau dan goreng selama 5 min. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap kemudian tutup kuali. Kacau sekali sekala selama 15min atau sehingga semua ayam dah masak dan browned. [bersalut sengan so

KEK LAYER PANDAN

Sedih betul tengok kek me ni kannn?? Kek dan layernya tak berapa kemas & cantik. Me memang teragak-agak sebenarnya nak buat kek ni. Bukan apa dah berulang kali membaca resepi ni rasa cam tak yakin je nak membuatnya. Nak-nak part yang nak membuat kastardnya tu..eee seram giler. Sebab apa me ada pengalaman membuat puding kastard jagung tapi tak pernah menjadi..1st time buat [2009] terlampau lembik..2nd time [2010] plak okay keras boleh potong tapi tak licin macam orang lain buat. Tengok tu nak buat puding kastard ni siap amik masa setahun sekali je...dasat kannn...itu sebab bila bersangkut paut nak buat kastard kastard ni me seram sikit...Okay laa tak guna me bercerita panjang lebar, kalo rasa suka ngan resepi nih meh laa cuba.. BINTANG :- ***** 5/5 Resepi kek span ni me kutip kt MyR sweet4ever & kastard di momshotoven Bahan-Bahan :- Kek Span :- 150gm tepung gandum 150gm gula kastor - me pakai 100gm je  5 biji telur gred A 1 sudu besar ovallete 80m

APAM PELANGI

Sekali lagi me teruja bila tengok apam yang cantik ni bila me menjengah ke rumah Kak Nor Secubitgaram. Sungguh menggoda apam pelanginya. Me pun rasa cam tak sabar-sabar nak membuatnya. Kalo tengokkan bahan-bahannya pun tak susah sangat. Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar me menjalankan projek membuat apam pelangi nih...dan tarraaaaa inilah hasilnya...kalo ada sesiapa yang sama teruja macam me, marilah mencuba dan me berani cakap memang apam nih teramat gebu dan yang pastinya tersangatlah syedaapppp....wallaaaaaaaa BINTANG :- ***** 5/5 Resepi yang me intai kat rumah Kak Nor Secubitgaram Bahan-Bahan :- 2 biji telur 1 sudu teh ovallete 1/2 sudu teh esen vanilla 150gm tepung gandum 150gm gula halus - me guna 70 @ 80gm je 125ml santan kara 1 sudu teh baking powder garam secubit rasa pewarna Cara-cara :- Pukul telur dan ovallete sampai gebu. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powde

AISKRIM JAGUNG

Kalo ari tu me dah bagi resepi cara-cara nak buat eskrim coklat, ari nih me nak kongsikan plak cara-cara nak membuat eskrim jagung. Tak sesusah mana pun. Bebudak pun boleh buat. Selamat mencuba ye... BINTANG :- **** 4/5 Resepi yang me amik di resepidiana Bahan-bahan :- 2 1/2cwn creamer coffemate 2cwn susu segar 1/2 cwn gula 1/2 tin jagung krim sedikit pewarna kuning Cara-cara :- Masukkan coffemate, susu segar, gula dan kacau hingga larut & sebati. Masukkan jagung krim dan kacau lagi. Masukkan adunan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer dan biarkan ida setengah beku. Bila dah separuh beku keluarkan dan masukkan adunan ke dalam mixer @ blender pukul sehingga gebu. Masukkan semula ke dalam bekas dan bekukan.

ONION RING

Siapa suka makan onion ring angkat kening??? Haa suka kannn???? Ye laa kalo teringin nak makan onion ring ni kita nak kena pegi ke A&W baru laa dapat merasa. Dah laa harganya mahal ada laa dalam 5, 6 ketul. Nak makan pun tak puas. Kalo tak silap me yang instant [frozen] pun ada gak rasanya. Apakata kali ni kita buat sendiri. Hokay ari ni me nak kongsikan cara-cara nak membuat onion ring nih. Tapi kalo sesiapa yang tak suka makan bawang tu me tak bleh buat apa la ye...Layannnnnnn BINTANG :- ***** 5/5 Resepi ni me skodeng kat MyR Kak Fida Bahan-Bahan :- 2 biji bawang besar [bawang jepun] 7sb tepung gandum 2sb tepung jagung 1/2sk baking powder 1/2sk gula halus 1/4sk serbuk cili garam secukup rasa serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa 1 biji telur 125ml susu segar minyak untuk menggoreng Cara-Cara :- Bawang besar dikupas kulit dan dihiris bulat.Leraikan menjadi gegelang. Satukan semua bahan kering didalam mangkuk dan kacau rata.

APAM MEKAR SEJAMBAK

Masa me jenjalan kat muka buku Kak Zue, me tertarik sangat ngan rupa apam ni. Senyum lebar je apamnya. Me ingat cam malas je rasanya nak buat apam ni sebab dia masukkan aiskrim soda. Me memang tak suka aiskrim soda. Tapi semangat nak belajar & mencuba tu me tetap menjalankan projek ni. Lagipun waktu cuti ni dari duduk menghadap tv baik me membuat sesuatu. Okay berbalik dari resepi apam mekar ni me buat tiga perasa.. pandan, coklat & strawberi. Tentang rasa dia tu mungkin tak kena ngan tekak me kot jadi me boleh kasi 3 bintang je ngan apam ni...Tapi kalo sesiapa yang nak mencuba silakanlah...lagipun tekak orang ni berbeza-beza kannn???? Jadi inilah hasil apam mekar sejambak me... BINTANG :- *** 3/5 Resepi yang me redah di muka buku Kak Zue Bahan-Bahan :- 200gm gula castor 2 biji telur suhu bilik 1 sudu teh ovallete esen vanila [nak gantikan ngan apa paste pun boleh] 250gm tepung gandum 1 cwn aiskrim soda [suhu bilik] Cara-cara :- Pukul telur, gula dan

KEK GREEN CARPET KUKUS

Selamat datang ke rumah me..Nih me siap bentangkan green carpet lagi kat kengkawan yang sudi singgah disini. Sambil tu lambai-lambai la sikit tangan tu ye ala-ala ratu cantik. Bukan senang nak lalu kat green carpet nih...hihi. Kali ni me nak kengkawan terai plak buat kek green carpet kukus...Ari tu me buat kek ni tak guna biskut marie sebab tak ada kat lam lemari...so me guna aje biskut oatmeal. Tapi rasanya mungkin kureng sikit kot. Maklum laa pepandai menderhakakan resepi org..tu laa jadinya..Tak apa next time me nak cuba guna biskut marie plak. Mungkin rasanya lagi sedap kot. Pepun kalo rasa teringin ngan kek ni tak salah kalo nak mencuba.. BINTANG :- *** 3/5 Resepi asal dari hanamemories Bahan-Bahan :- 1 1/4 cwn tepung naik sendiri 5 biji telur A 225gm mentega  3/4 cwn gula halus 4 sudu besar tepung biskut marie [kira-kira 5 keping biskut marie dan dipatah-patahkan kemudian kisar] 3 sudu besar horlicks 1 1/2 sk paste pandan 1/4 cwn susu pekat man

AYAM MASAK PADANG

♫♪♫Ayam bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda...♫♪♫ haaa wah wah wah ari ni ceria semacam je me ni kan..siap menyanyi bagai. Maklum laa resepi ni dah lama sangat me cari..alih-alih jumpa kat blog Mina. Suka sesangat..dah tu bila masak sedap plak tu mana tak hepi semacam....Tapi gambar ayam me ni mungkin nampak cam tak menyelerakan...maklum le dah tinggal 2 ketul baru teringat nak amik gambar...So kalo tak ada idea nak masak apa ari nih meh laa cuba resepi ni tak rugi punya...tapi kalo siapa yang tak suka makan ayam tu I'm sorry...  : D BINTANG :- ***** 5/5 Resepi belas ikhsan daridapurmina  Bahan-bahan :- 1 ekor ayam dipotong [ikut suka] Santan 2 helai daun limau purut 2 keping asam keping 1 biji bawang besar dimayang halus 2 biji buah keras di sangai & ditumbuk 2 batang serai dititik Minyak untuk menumis Garam dan serbuk perasa Sedikit air Bahan Kisar :- Cili padi [pastikan cili padi dica

KEK ALUNAN KASIH

Secantik nama seindah rupa dan sesedap rasanya. Fuh!! me teruja sungguh nak buat kek ni. 1st time me terjumpa kek ni kat blog Kak Am. Nampak cantik sangat. Kalo tengokkan cara kek tu beralun rasa macam susah betul nak membuatnya. Me pun amik masa beberapa ari nak penuhkan keyakinan dalam diri nak membuat kek ni. Maklum laa kita ni budak baru nak belajar so kena laa ada keyakinan dulu baru berani nak buat. Alhamdullilah setelah menjelajah dari rumah ke rumah kengkawan kt tenet ni akhirnya berjaya juga me buat. Jadi inilah hasilnya walopun tak secantik mana tapi me puas hati sangat. Rasa pun sedap. Kalo rasa nak mencabar diri buat kek ni meh la salin resepi nih cepat-cepat... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi yang me terjah di rumah Kak Am Serojakitchen Bahan-Bahan :- 1 1/2 cwn Planta @ 250gm Butter 1 1/2 cwn gula halus 5 biji telur 1/2 cwn susu cair 2 1/2 cwn tepung gandum 3 sudu kecil baking powder ** 1 sudu teh esen vanila [boleh guna perasa lain] * Pewarn

APAM CITRAWARNA

Betui laa kata org, belajar dari kesilapan dan kegagalan akan menjadikan kita lebih baik. Tak kira laa dalam hal keje ke belajar ke memasak ke hatta dalam percintaan pun...sumenya dalam proses pembelajaran. Yang penting kita kena sanggup mengakui kesilapan kita tu...Mesti ada yang tertanya kan kenapa laa tetiba je minah ni berfalsampah bagai...emmmm sebenarnya me nak kaitkan ngan resepi yang me cuba ni laaa. Dah elok-elok tuan punya resepi bagi nama apam dot dot..tapi suka-suka ati je me menukar namanya...ni sume gara-gara apam yang me buat ni tak menjadi macam orang lain buat....orang lain buat cantik je apam dot dotnya. Me punya Masyaallah....tapi tak apa me terima seadanya...cuma kna tunggu ati me dah sejuk dulu, baru berani nak cuba buat lagi...kalo ade yang berani meh laa cuba resepi apam nih... BINTANG :- **** 4/5 Resepi ni me skodeng dari Teratak Dhia Bahan-bahan :- 3 biji telur sejuk [amik dr dalam peti sejuk] 1 sudu kecil ovallete 1 sk esen vanila 220gm gula

MEE HAILAM

Ari ni me malas nak citer banyak...mood x berapa baik. Badan rasa nak demam..tekak terasa sakit..idung plak rasa tersumbat je...cuaca pun tak menentu sekarang ni...sekejap ujan sekejap panas...kalo panas tu terik sesangat...nak buka mata pun sakit. Hokay laa kalo ada yang sudi nak salin resepi mee hailam ni silakanlah...Ekceli mee dapat resepi ni pun dari bapak saudara me sendiri "Paksu Chan". Me suka sangat mee hailam nih...nak-nak dia sendiri yang masak...emmmm sedappppnya...kalo sesiapa yang nak cuba silalah ye...  BINTANG :- ***** 5/5 Bahan-Bahan :- 1 paket mee kuning  5 biji bawang merah diblender 2 ulas bawang putih diketuk 1 sudu besar cili kering yang dah diblender [kalo malas cili boh pun boleh] daging/ayam/udang 1 senduk Kicap pekat [kalo nak hitam lebih boleh tambah lagi kicap tu] Air secukupnya [kalo nak guna air rebusan daging/ayam pun boleh] Garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung/ubi dibancuh dengan air Sayur sawi

ONDE ONDE @ BUAH MELAKA

Onde onde nih memang peberat me. Kalo dapat makan ari-ari pun tak pe. Nak buat pun senang je. Tak berpeluh ketiak nak mengulinyer.Bahan-bahannyer pun senang je kann??? Kalo sesape yang tak tau camne nak buat onde onde aka buah melaka nih..kat sini me tepekkan resepinyer...silalah mencuba dan me pasti anda takkan rugi punyer... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi ni me cilok dari blog hasnidaomar Bahan-bahan :- Tepung Pulut Gula Melaka dipotong dadu [ikut suka] Kelapa parut putih Air Pewarna hijau Pati daun pandan secubit garam Cara-cara :- Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air, jangan sampai lembik nanti susah nak bentukkan menjadi doh. Ambil sedikit adunan tadi dan letakkan gula melaka ditengah-tengahnya.Bulatkan comel-comel.  Panaskan periuk berisi air dan masukkan buah melaka tadi kedalamnya. Apabila buah melaka ni terapung, bolehlah diangkat. Campurkan kelapa parut dengan secubit garam, dan golekkan buah melaka tadi keatasnya. 

AGAR AGAR LUMUT

Kalo semalam me dah masukkan n3 camne nak wat eskrim, reni plak me nak kengkawan sume terai wat agar agar lumut nih....agar-agar ni memang senang sangat nak membuatnya. Cepat disiap sedap dimakan dan sejuk ditekak bila menelannyer...resepi ni me amik kat lam tenet, tapi me dah terlupa siapa yang empunya resepi...Kalo empunya resepi ni jenjalan kat blog me, mintak halal je laa ye.... BINTANG :- **** 4/5 Bahan-bahan: 10g serbuk agar-agar/1 peket agar-agar tali 1/4 cawan pati pandan gula putih - ikut manis 1150ml air 120ml air campur 1 paket santan  1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam sedikit pewarna hijau 1 helai daun pandan Cara-cara :- Masak air dengan gula dan daun pandan. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar/agar-agar tali dan kacau hingga semuanya larut. Kecilkan api. Kemudian tuangkan campuran santan, pati pandan, sedikit pewarna hijau, telur, garam dan kacau hingga mendidih. Tuang ke dalam ac

AISKRIM COKLAT MUNCHY'S

Ermmmmm....sedapnyer. Apa yang sedap??? Mesti laa eskrim nih....nak pulak makan time cuaca panas-panas nih...fuh terasa sejuk je tekak...tapi kalo batuk jangan laa makan eskrim ni plak ye..nanti kang x hilang-hilang plak batuk tu....tapi kalo rasa sanggup menanggungnyer me x kisah....janji cuba resepi yang me letak kat cni ye...Ekceli resepi ni kena letak biskut Oreo..tp disebabkan me x ada stok biskut Oreo...jadi me gantikan ngan biskut Munchy's...jadi laa eskrim ni...kalo rasa-rasa nak letak biskut len pun boleh gak..janji shedapppp..... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi ni me dah lupa amik dari mana tapi layan je laa ye.... Bahan-Bahan (1.5 liter) :- 2 1/2 cwn - Dutchlady full cream milk perisa coklat 2 1/2 cwn - Nestele coffemate creamer powder 1 packet kecil - biskut oreo (me pakai biskut munchy's) Cara-cara :- Masukkan susu coklat dan coffemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 min. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dgn krimnya sekali) dan blend lagi hin

KEK PANDAN MARBLE

Kalo dapat makan kek sedap gak kan??? Nah ari ni me kongsikan resepi Kek Pandan Marble yang me CnP dari MyR tajaan R-Lin. Mabeles btul kek nih...nak buat pun senang. Bahan-bahan pun mudah nak dapat dan yang penting murah...huahuahua....kalo x caya terai le.... BINTANG :- ***** 5/5 Resepi tajaan R-Lin MyR Bahan-Bahan :- 4biji telur 100gr gula pasir 1sdt ovallate 100gr tepung gandum }ayak 1/2sdt serbuk penaik }bersama 50gr minyak masak 25ml santan pekat,saya guna santan kara dalam kotak 1sdt perisa pandan 1sdt serbuk coklat,ayak. beberapa titik pewarna hijau   Cara-Cara :- Pukul telur,gula pasir & ovallate hingga kembang. Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik. Kacau rata. Masukkan minyak masak,kacau rata. Masukkan santan & perisa pandan, kacau rata. Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat. Kacau rata. Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata. Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adunan  coklat,

MEE CAMPAK

Wah wah wah...nampaknyer ari ni pun me nak masukkan resepi yang baru lagi...kalo semalam kita dah terai wat kek & jeli bagai...ari ni plak me nak kengkawan terai plak mee campak nih...memang senang sesangat...sambil pejam mata pun bleh buat...ye laa main campak-campak je...mesti de yang tanya sedap ke??? kalo nak tau sedap ke tak meh cuba dulu resepi nih... Bintang :- **** 4/5 Resepi ikhlas Nurleen dari MyR Bahan-bahan ( 4 orang ) :- 600 gm atau sekati mee kuning 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah) 2 sudu besar kicap manis air untuk jadikan kuah Bahan untuk kisar: 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih Bahan untuk sambal kicap: 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye! Cara-cara :- Basuh me

JELLY LAICI

Hari panas-panas ni kalo dapat sejukkan tekak makan jeli atau aiskrim pun best gak kan???...Wokay kali ni me kongsikan ngan kengkawan resepi Jeli Laici pulak...Resepi asalnya me cedok dari blog Che Mat Gebu...tp bak kata Che Mat laa...me dah menderhaka ckit ngan resepi ni....kalo rasa nak cuba resepi ni meh salin cepat resepinyer ye.... Bintang :- ***** 5/5 Bahan-bahan :- 1 pack konnyaku jelly powder [10g] 4 mug air 1 mug gula halus 3 mug air & 1 mug syrup laici 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan Beberapa titik perwarna Laici dalam tin secukupnya, ditoskan dan dihiris Cara-Cara :-  Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang 4 mug air tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu. Tambahkan 3 mug air & 1 mug syrup laici dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bahagi bancuhan tadi kepada beberapa warna dan masukkan j

ROTI SOSEJ KEJU

Wah arini me betul-betul bersemangat nak masukkan n3 yang kedua lak...maklum laa tengah baru...me takut esok-esok suam dingin je dah blog me ni nnt...hehehe...okay resepi kali ni ekceli me amik kat dalam salah satu majalah...tapi me lupa pulak nama majalah tu...pepun layan je laa resepi nih...mudah & sedap sangat....kalo tak percaya cuba test try buat....  BINTANG :- ***** 5/5 Bahan-Bahan :- 12 keping roti gardenia [buangkan kulitnya] 4 keping keju Cheesdale [dipotong 3] 2 biji telur [dipukul] 6 keping sosej [dibelah 2] Breadcrumbs Minyak untuk menggoreng Cara-cara :- Letakkan keju dan sosej di atas roti dan gulungkan. Celupkan roti tadi ke dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs. Goreng hingga kekuningan dan bolehlah dihidangkan bersama dengan mayonis & cili sos.

KEK PISANG

Assalamualaikum....ni adalah n3 pertama me kt blog yg baru aje dirasmikan oleh me arini...nak ikutkan me ni masih dkirakn bebudak lg [walopun umo dah nk senja]...tp x kisah laa kan janji semangat nak belajar tu masih menebal dalam diri...jadi me nak kongsikan resepi yang pernah me cuba dari resepi-resepi yang me kutip dari blog kengkawan yang me anggap sifu gak laa dalam bidang blog & masakan nih....dan me jugak akan memberikan bintang bagi setiap resepi yang telahpun me cuba sebagai rujukan kengkawan...tp bak kata org laa..tak sume mata yang memandang benda yang cantik tu tetap cantik dan tak sume tekak orang tu dapat merasa keenakan dan kesedapan yang sama...jadi apa yang me rasa me kongsikan bersama....so selamat mencuba....  Bintang :- **** 4/5 Resepi asal oleh Yani MyR Bahan-bahan :- 2 biji pisang 140g butter 120g gula 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu besar fresh cream 1 sudu besar jus lemon 200g tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu keci