Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

BISKUT BAHTERA KARAM

Haaa...mesti pelikkan nama biskut me kali nih..Me pun tak tau nak letak nama apa kat biskut ni. Kejadiannya tak seperti yang diharapkan tapi........ada tapi tu jeng jeng jeng....rasa dia...Masyaallah Tabarakallah sedapnyaaaaa...jadi suka suka ati me letak nama biskut nih bahtera karam. Ekceli nama biskut ni Biskut Sampan Nestum. Tapi disebabkan me tak ada acuan sampan, ceri meri pun tak ada jugak. Nak tukar ke acuan lain pun macam tak cantik je jadi dengan rasa tak bersalahnya me main tekan-tekan dengan garfu..jadi terhasillah Bahtera Karam nih...hukhukhuk.  Bahtera ku karam dilautan sepi.... Biskut ni memang sedap!! Me buat setengah adunan je sebab takut tak menjadi disebabkan tak ada acuan sampan tu..Tapi me silap. Kalau tau jadi camgini punyer sedap baik buat terus satu adunan..Huh menyesal lak tak buat aritu...Me rekomen pada sesiapa yang suka makan biskut sampan nih. Rasanya sedap dan rangup. Kalau tak caya ce cuba terai test buat tengok. Mesti jadi biskut waj

THUMBPRINT CORNFLAKES

Sekejap betul masa berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk dua minggu kita meraikan hari raya aidil fitri tahun ni. Entah berpeluang atau tidak lagi kita menyambutnya pada tahun hadapan. Mudah-mudahan kita diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun yang akan datang...Amin. Ramai ke kengkawan atau saudara mara yang berkunjung ke rumah uols?? Masa ni laa kita nak ziarah menziarahi rakan taulan dan sanak saudara. Kalau hari biasa tu kalau tak ada sebab musabab jarang kita nak menziarah. Tambah-tambah duduk kat KL nih. Sibuk je memanjang.  Kalau nak datang berkunjung ke rumah teman-teman pun kena fikir dua tiga kali takut-takut mengganggu masa istirehat diaorang.  Biskut wajib setiap tahun..itupun kalau rajin...ngeh3 Hujung minggu ni pulak mesti ramai yang nak buat rumah terbuka..Kiranya sepanjang hujung minggu di bulan Syawal nih mesti banyak jemputan untuk rumah terbuka. Sekarang ni masyarakat kat kampung pu

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AIDILFITRI HARI BAHGIA...HARI YANG MULIA...MOHON MAAF BERSAMA DIPINTA...SELAMAT, SELAMAT HARI RAYA... Dikesempatan bulan yang mulia ini me ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada perkataan yang tersalah tulis, terkasar gaya bahasa dan tercuit perasaan kalian samada yang mengenali diri ini ataupun tidak. Me juga dah memaafkan sekiranya ada kekhilafan, kekutukan, kemenyampahan dan segala "ke" yang ada terhadap me. Kita hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Jadi marilah kita bersama-sama memohon kemaafan... B-) Sedapppppppppppp!!!!! Macamana dengan sambutan hari raya uols tahun nih?? Mesti meriah giler kannn?? Bila hari raya ni laa kita dapat berkumpul bersama dengan adik beradik dan saudara mara..Kalau adik beradik ramai tu mesti kecoh pada malam raya tu kan...Macam me nih walaupun adik beradik tak laa ramai sangat tapi kekecohannya dah bermula pada pagi hari memasak tu lagi...memasing berebut tugas

PERMATA ZAMRUD

Nak tanya sikit boleh?? Agak-agak ada ke orang pompuan yang tak suka barang kemas...macam batu permata, intan berlian nih...kalo ada pasal apa tak suka ye?? Kalo nak membeli memang laa tak suka sebab kena keluarkan duit..tapi kalo ada orang yang nak memberi takkan tak suka jugak kot...tapi me ada berjumpa dengan orang yang tak suka dengan barangan kemas nih...bukan sebab dia tak mampu nak beli tapi dia memang tak berminat...dia lebih suka mengumpul aksesori yang ada manik-manik, kristal-kristal ataupun tali-tali yang macam budak budak muda suka pakai tu...Bila me tanya kenapa tak beli je barang kemas..sekurang-kurangnya kalo sesak-sesak boleh masuk wad...[ nampak sangat me beli sebab untuk digunakan bila sesak...hahaha ] Jawapan dia memang macam tak bagi jawapan je, alasan mudahnya sebab dia memang TAK BERMINAT..nasib baik cincin kawin dia aritu bukan cincin yang beli cekelat dapat cincin tu...kalo tak memang untung laa somi dia..hehehe. Errmmm heran jugak me, ada gak orang pompuan y