Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

CHOCOLATE OREO

Hai awak!!! Masak apa je arini? Cuti sekolah ni tak pergi bawak family bercuti ke mana-mana ke? Tak dapat bercuti jauh dalam Malaysia pun okay jugak. Janji dapat jalan-jalan sambil cuci mata.  Kolumpo ni ari cuti ke  tak cuti ke sama je. Pusing kot mana pun jalan mesti   jammed   nak pergi memana pun malas.   Tapi kalo dapat pergi bercuti tengok tempat orang seronok jugak. Nak-nak pergi ke pulau ke berkelah kat air terjun ke..best jugak! Ni kalo setakat berjalan turun naik shopping mall membelinya tidak buat penat kaki je. Baik melepak kat dalam rumah sesambil tu boleh jugak menajamkan skill memasak ke mendekorasi rumah ke. Kannnnn?😊 Kalo korang tak tau nak buat apa....meh sini apakata cuba resepi yang teman nak kongsikan ni. Ekceli resepi ni teman dah buat dua tiga tahun yang lepas. Tapi terpaksa diperam sebab lappy teman punya hal laa ni. Lagi pulak teman pun dah tak ingat langsung password blog. Tu yang dapat intai dari kejauhan je tapi tak boleh nak menerjah masuk. 

APAM BAJET GEBU GEBAS

Haaa....kalo tengok tajuk pos atas tu mesti ramai yang dah tau pasal apam viral 3 bahan tu kannn? Sana sini teman tengok ramai yang dah mencuba membuatnya. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tengokkan resepinya tersangatlah mudah & bahan-bahannya pun tak makan belanja yang banyak.  Nak nak pulak zaman sekarang ni kalo boleh semua nak berjimat cermat.      Percubaan pertama...nasib menjadi Jadi setelah teman telek-telek resepi tu, teman amik keputusan untuk cuba membuatnya. Walopun keyakinan peratus untuk apam tu menjadi dalam 50-50 tapi dek sebabkan semangat nak membuatnya teman belasah jugak. Sedap jugak walo hanya guna 3 bahan Alhamdulillah menjadi jugak apam 3 bahan teman ni. Rasanya pun sedap & tak terlalu manis. Kebetulan masa teman buat apam ni ada mak sedara datang dari kampung. Dapat laa dia merasa sesambil mintak komen dari dia. Mak sedara teman pun kata sedap. Siap mintak dibekalkan lagi. Acece bangga jap rasa. Maklum laa teman ni bukannya pandai