Skip to main content

APAM CITRAWARNA

Betui laa kata org, belajar dari kesilapan dan kegagalan akan menjadikan kita lebih baik. Tak kira laa dalam hal keje ke belajar ke memasak ke hatta dalam percintaan pun...sumenya dalam proses pembelajaran. Yang penting kita kena sanggup mengakui kesilapan kita tu...Mesti ada yang tertanya kan kenapa laa tetiba je minah ni berfalsampah bagai...emmmm sebenarnya me nak kaitkan ngan resepi yang me cuba ni laaa. Dah elok-elok tuan punya resepi bagi nama apam dot dot..tapi suka-suka ati je me menukar namanya...ni sume gara-gara apam yang me buat ni tak menjadi macam orang lain buat....orang lain buat cantik je apam dot dotnya. Me punya Masyaallah....tapi tak apa me terima seadanya...cuma kna tunggu ati me dah sejuk dulu, baru berani nak cuba buat lagi...kalo ade yang berani meh laa cuba resepi apam nih...



BINTANG :- **** 4/5

Resepi ni me skodeng dari Teratak Dhia

Bahan-bahan :-

3 biji telur sejuk [amik dr dalam peti sejuk]
1 sudu kecil ovallete
1 sk esen vanila
220gm gula halus
275gm tepung gandum
10ml susu segar
3 sudu teh baking powder
filing blueberry/strawberry [ikut suka x letak pun x apa]
pewarna


Cara-cara :-

Masukkkan telur, ovalette dan esen ke dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan baking powder kemudian diselang selikan dengan susu segar. Jangan digaul  terlalu lama nanti apam tu akan jadi bantat.
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag/plastik.
Picitkan setengah adunan ke dalam papercup [pastikan letak papercup tu dalam acuan kalo x nanti jadi mcm me punya]
Letakkan filing yang disukai dan picitkan lagi adunan yang lain untuk menutupi filing tadi sehingga 3/4 penuh.
Dot dot kan dengan warna pilihan [kalo kreatif nak buat selain dot dot pun boleh]
Kukus dalam 10-15 min. Guna api sederhana.

Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES