Skip to main content

AYAM MASAK PADANG

♫♪♫Ayam bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda...♫♪♫ haaa wah wah wah ari ni ceria semacam je me ni kan..siap menyanyi bagai. Maklum laa resepi ni dah lama sangat me cari..alih-alih jumpa kat blog Mina. Suka sesangat..dah tu bila masak sedap plak tu mana tak hepi semacam....Tapi gambar ayam me ni mungkin nampak cam tak menyelerakan...maklum le dah tinggal 2 ketul baru teringat nak amik gambar...So kalo tak ada idea nak masak apa ari nih meh laa cuba resepi ni tak rugi punya...tapi kalo siapa yang tak suka makan ayam tu I'm sorry...  : D



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi belas ikhsan daridapurmina 

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam dipotong [ikut suka]
Santan
2 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 biji bawang besar dimayang halus
2 biji buah keras di sangai & ditumbuk
2 batang serai dititik
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa
Sedikit air
Bahan Kisar :-
Cili padi [pastikan cili padi dicampurkan dengan cili padi warna hijau dan merah]
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
Kunyit hidup - me pakai serbuk kunyit
Sedikit Lengkuas
Sedikit halia


Cara-Cara :-

Panaskan minyak tumis bawang besar yang dimayang halus
Setelah garing dan wangi masukkan bahan kisar tadi.Tumis hingga naik minyak.
Kemudian masukkan pula 2 batang serai yang dititik.
Kacau dan apabila bahan tumis garing tuangkan sedikit air dan masukkan ayam.
Tuangkan santan, masukkan asam keping dan daun limau purut. Kacau rata.
Biarkan kuah mendidih apabila daging ayam empuk masukkan garam dan serbuk perasa.
Kalau inginkan kuah yang pekat jangan masukkan air dengan banyak.


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES