Skip to main content

KEK ALUNAN KASIH

Secantik nama seindah rupa dan sesedap rasanya. Fuh!! me teruja sungguh nak buat kek ni. 1st time me terjumpa kek ni kat blog Kak Am. Nampak cantik sangat. Kalo tengokkan cara kek tu beralun rasa macam susah betul nak membuatnya. Me pun amik masa beberapa ari nak penuhkan keyakinan dalam diri nak membuat kek ni. Maklum laa kita ni budak baru nak belajar so kena laa ada keyakinan dulu baru berani nak buat. Alhamdullilah setelah menjelajah dari rumah ke rumah kengkawan kt tenet ni akhirnya berjaya juga me buat. Jadi inilah hasilnya walopun tak secantik mana tapi me puas hati sangat. Rasa pun sedap. Kalo rasa nak mencabar diri buat kek ni meh la salin resepi nih cepat-cepat...



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi yang me terjah di rumah Kak Am Serojakitchen

Bahan-Bahan :-

1 1/2 cwn Planta @ 250gm Butter
1 1/2 cwn gula halus
5 biji telur
1/2 cwn susu cair
2 1/2 cwn tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
** 1 sudu teh esen vanila [boleh guna perasa lain]
* Pewarna Pink & hijau
* Serbuk koko secukupnya
* Sediakan tapis teh yang halus untuk mengayak serbuk koko


Cara-Cara :-

Pukul planta & gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang
Masukkan esen vanilla & susu cair, gaul hingga sebati dan masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.
Bahagikan dua bahagian...campurkan pewarna pink dan satu bahagian lagi pewarna hijau.
Griskan loyang dan taburkan sedikit tepung, masukkan adunan pink ratakan dalam loyang.
Ayak serbuk koko untuk menutupi lapisan pertama...ayak nipis-nipis sahaja.
Masukkan lapisan kedua warna hijau, ratakan perlahan-lahan [jgn sampai serbuk koko di lapisan pertama terangkat] 
Ayak serbuk koko di lapisan kedua...macam tu lah seterusnya sehingga adunan habis.
Bakar lebih kurang 45min..160degree ikut oven masing-masing.

Comments

Post a Comment

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES