Skip to main content

KEK LAYER PANDAN

Sedih betul tengok kek me ni kannn?? Kek dan layernya tak berapa kemas & cantik. Me memang teragak-agak sebenarnya nak buat kek ni. Bukan apa dah berulang kali membaca resepi ni rasa cam tak yakin je nak membuatnya. Nak-nak part yang nak membuat kastardnya tu..eee seram giler. Sebab apa me ada pengalaman membuat puding kastard jagung tapi tak pernah menjadi..1st time buat [2009] terlampau lembik..2nd time [2010] plak okay keras boleh potong tapi tak licin macam orang lain buat. Tengok tu nak buat puding kastard ni siap amik masa setahun sekali je...dasat kannn...itu sebab bila bersangkut paut nak buat kastard kastard ni me seram sikit...Okay laa tak guna me bercerita panjang lebar, kalo rasa suka ngan resepi nih meh laa cuba..



BINTANG :- ***** 5/5

Resepi kek span ni me kutip kt MyR sweet4ever & kastard di momshotoven

Bahan-Bahan :-

Kek Span :-
150gm tepung gandum
150gm gula kastor - me pakai 100gm je 
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallete
80ml air daun pandan
80ml minyak/mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara :-

Satukan gula, ovalette, tepung gandum, telur, serbuk penaik. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit bergantung kepada kelajuan mixer masing-masing.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan.
Masukkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk hingga sebati.
Sediakan tin pembakar dan griskan dasarnya dan lapik dengan kertas serap minyak.
Tuangkan adunan dan bakar selama 45min atau hingga masak dengan suhu 150-180 darjah celcius.
Bila dah masak telangkupkan atas redai kek selama 5 min. bagi menggelakkan kek menjadi kempis.

Bahan-Bahan :-

Kastard :-
Satu bungkus tepung Hong Kwee kaler hijau
300ml pati santan - me letak 200ml
700ml air - me letak 800ml
10gm serbuk agar2
150gm gula pasir - me guna 100gm je
pewarna hijau & paste pandan

Cara-Cara :-

Campurkan kesemua bahan kastard dalam periuk.Masak atas api sederhana.
Sentiasa kacau kastard hingga agak2 mendidih dan likat [tidak perlu tunggu sehingga ianya betul2 mendidih] tutup api.
Sediakan tin pembakar dan griskan dasarnya dan lapik dengan kertas serap minyak.
Segera lakukan melapis kek sementara kastard masih cair dan panas.

# Potongkan kek kepada 2 @ 3 bahagian. Mula2 letakkan kastard kemudian di lapikkan dengan kek. Letakkan semula kastard dan dilapisi dengan kek. Begitulah seterusnya. [Dimulakan dengan kastard dan berakhir dengan kek].Apabila siap letakkan di dalam peti sejuk. Setelah kastard mengeras bolehlah dipotong. 


Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES