Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

KARIPAP DAGING MELETOP

Karipap ni salah satu antara koi yang menjadi paberet teman. Tak kira laa intinya kentang ke sardin ke ayam ke ataupun daging sume teman suka. Makan pulak tengah panas-panas, adoiii nikmatnya!
Sebenarnya ada kenangan macam mana teman boleh tersuka tanpa sengaja dengan koi karipap ni. Teman nak flashback sikit laa cerita zaman budak-budak dulu. Kalo ada yang bosan nak membacanya sila skip kan aje yek!
Dedulu ada jiran di sebelah umah teman ni yang teman panggilnya mak cik Yah. Dia dengan suaminya mengajo teman ngan anak² jiran yang lain mengaji quran. Dalam masa yang sama makcik ni menjual karipap. Tapi bukan untuk dijual dekat kawasan perumahan kami, tapi karipap ni di hantar oleh suami makcik ni ke sebuah kedai makan di pekan Parit.

Setiap kali teman pergi mengaji bila je suami makcik tu balik ke rumah, kadang² dia akan bawa balik lebihan karipap yang tak habis dijual. Biasanya tak banyak pun ada laa dalam 5,6 biji. So siapa yang datang mengaji awal biasanya selepas waktu maghrib dia ak…