Skip to main content

KARIPAP DAGING MELETOP

Karipap ni salah satu antara koi yang menjadi paberet teman. Tak kira laa intinya kentang ke sardin ke ayam ke ataupun daging sume teman suka. Makan pulak tengah panas-panas, adoiii nikmatnya!

Sebenarnya ada kenangan macam mana teman boleh tersuka tanpa sengaja dengan koi karipap ni. Teman nak flashback sikit laa cerita zaman budak-budak dulu. Kalo ada yang bosan nak membacanya sila skip kan aje yek!

Dedulu ada jiran di sebelah umah teman ni yang teman panggilnya mak cik Yah. Dia dengan suaminya mengajo teman ngan anak² jiran yang lain mengaji quran. Dalam masa yang sama makcik ni menjual karipap. Tapi bukan untuk dijual dekat kawasan perumahan kami, tapi karipap ni di hantar oleh suami makcik ni ke sebuah kedai makan di pekan Parit.

Setiap kali teman pergi mengaji bila je suami makcik tu balik ke rumah, kadang² dia akan bawa balik lebihan karipap yang tak habis dijual. Biasanya tak banyak pun ada laa dalam 5,6 biji. So siapa yang datang mengaji awal biasanya selepas waktu maghrib dia akan dapat laa karipap tu.

Memula dulu teman tak heran sangat pun sebab teman bukannya jenis yang suka makan koi-koi ni. Sampai laa sekali tu teman tengok budak² lain macam berebut-rebut nakkan karipap makcik tu. Dalam hati teman terdetik jugak, alaa karipap je pun sedap sangat ke? Sekali tu teman pun terai laa makan. Perghh!! Memang sedap sangat. Lembut kulit karipapnya. Walaupun dah seharian karipap tu. Isinya pun secukup rasa. Ke sebab masa tu teman bebudak lagi apa pun sumenya nampak sedap 😅. Ntah laa yang pasti memang sedap karipap makcik tu buat.

Teman yang jenis susah nak makan koi-koi ni pun boleh tergoda ngan karipap makcik ni. Sejak dari tu teman selalu datang awal kalo nak mengaji. Semata-mata nakkan karipap tu takut nanti budak-budak yang lain pulak yang rembat dulu.

Sampai pernah teman berdoa sebelum nak pergi mengaji tu mintak² sangat karipap makcik tu tak abis dijual....ada chance teman nak makan karipap tu. Dah tu pulak biasanya setiap sorang akan hanya dapat sebiji je...tapi kekadang teman mengelat gak, bila je turn teman makcik tu tanya dah dapat ke belum, teman cakap tak dapat lagi padahal dah selamat masuk perut....hahaha. Buruk sangat perangai teman dulu ek?? Tapi biasa laa budak-budak kannnn.....


Sedap dimakan semasa panas-panas..

Okay kita tinggal cerita zaman bebudak tu..nanti kang kalo teman asyik melalut je apa pun tak jadi. Resepi nih teman skodeng kat blog qasehququinnie. Memang tak rugi nak membuatnya. Senang & sedap pulak tu.

Cuma cara kelim karipap tu teman tak pandai lagi. Nampak jelas lagi nyata tak kemas langsung. Huh...sizenya pun ada macam-macam gaya. Ada besar ada kecik ada yang debab ada pulak yang panjang ishhh!! pendek kata memang keras betul jari jemari teman nih. 


Gambar agak kabur maklum laa pakai kamera telefon je... :)


Ni adalah percubaan kali yang ke berapa pun ntah, teman dah lupa. Yang teman ingat pertama kali buat karipap ni masa baru-baru kawin dulu. Maklum laa time tu tengah baru nak hidup berdua. Kalo boleh semua nak buat sendiri. Tak nak beli-beli yang dekat luar tu. Biar suami tu makan hasil dari airtangan isteri terchenta dia nih...Kalo boleh tepung gandum tu pun nak buat sendiri je...Kengkunun nak tunjukkan kat somi tu yang kita ni isteri mithali sangatttt!!. Padahal masa tu laa baru nak belajar segala benda 😅.


Huwaaaa!!!sedey tengok size karipap teman nih...

Kalo tak tau nak buat apa untuk minum petang ni...meh laa terai resepi karipap yang ni plak.


Bahan-bahan :-

300gm daging/ayam kisar 
8 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air 
(blend bahan bertanda *)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar rempah kari daging -dibancuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya

Utk Doh:-

750gm tepung gandum
300gm planta
1/3 cawan minyak sayur/ masak -(saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan metrik)
2 sudu kecil garam
2 cawan air dari peti ais - (saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan cawan metrik)

Cara-cara:

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 yg diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kari daging masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daun kari, daging kisar, kentang, keledek dan masukkan air biar sampai hapus kentang tu tp jgn terlalu bnyk sgt nanti kentang akan hancur. Masukkan juga santan dan sedikit gula. Agak² nak kering tu masukkan garam. Kacau hingga kering inti/air tadi. Tutup api.

- Panaskan minyak dan planta dlm periuk. Masak hingga mendidih dgn api yg kecil. 

- Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm mangkuk. Kemudian masukkan sikit demi sikit planta yg dididih tadi kedalam tepung dan gaul rata. Letakkan air sikit ke dlm adunan. Uli sampai jadi doh. Uli hingga doh tak melekat di mangkuk dan di tgn.  Balutkan doh dgn plastik dan biarkn rehat dlm 10 min.

- Lepas dah biarkan dlm 10min. Bolehlah menggelek doh dan isikan dgn inti tadi.

- Masukkan minyak yg byk dlm kuali. Bila minyak dah panas, tutup api dan baru masukkan karipap. Cara ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata. Jgn isi penuh sgt dlm kuali. Lepas tu hidupkan balik api yg kecil. Kemudian biar karipap tu masak hingga kekuningan. Balik² kan tetapi jgn kasar sgt sebab kulit ni rangup takut pecah. Bila dah kekuningan boleh diangkat karipap tu. Bila nak masukkan karipap utk seterusnya, tutup balik api dan letak karipap dan hidupkan balik. Sama macam proses pertama tadi.

- Kalau ada lebihan karipap yg belum digoreng bolehlah disimpan dlm peti ais, biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware secara bertingkat2. Dgn cara ni karipap td tak akan melekat antara satu sama lain. 

Credit : https://qasehququinnie.blogspot.my



Ciao!


P/s: Mmm sekarang kalo boleh semua nak main beli je..dah malas nak membuat. Kalo tak sedap cepat je juri tu mengomennya. Kalo dulu tu lain laa, tengah baru semua nampak cantik, sedap...walaupun rasanya ntah pape ðŸ˜„

Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES