Skip to main content

BISKUT HANTARAN KASIH

Awal bulan aritu famili teman telah mengadakan satu majlis pertunangan untuk adik teman yang bongsu. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancarnya.

Pihak perempuan menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak lelaki.

Berdebar menanti hari disatukan nanti

Insyaallah kalau tiada aral dan diizinkanNya mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan akan berlangsung pulak majlis kenduri kawin. 

Dah menjadi tunangan orang..huhu

Teman menghadiahkan sebekas hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Pada awalnya teman ingat nak beli je apa-apa manisan atau biskut, tetapi  setelah difikir-fikirkan ada lebih baik teman sendiri yang membuat biskut tersebut. Dalam masa yang sama teman boleh mencabar keyakinan diri sendiri untuk membuatnya.

Pertama kali buat biskut ni sedap sangat

Setelah mentelaah segala resepi biskut yang ada teman mengambil keputusan untuk membuat biskut arancia aka biskut limau. Kalo dari segi rupa bentuk kejadiannya dah tak rupa macam biskut limau tapi dah rupa macam bentuk buah pisang kaki 😄. Tapi tak kisah laa janji ada rasa ada rupa.

Biskut limau tapi dah macam pisang kaki

 Kekunun teman ingat nak buat sebekas aje. Tapi entah dari mana datangnya semangat kerajinan yang membuak-buak maka terhasil laa tanpa sengaja dua lagi jenis biskut 😅.

Hasil air tangan teman

Akhirnya berjaya juga teman membuat  sebekas biskut nestum dan juga biskut kentang. Walaupun rupanya tak secantik mana tapi rasanya tak laa mengecewakan sangat. Raya nanti teman ingat nak buat laa biskut kentang ni. Sedap pulak rasanya. Kalau nak buat untuk kudap-kudap pun sesuai jugak. 

Kakaknya tetap nak enteprame jugak


Ciao! 🍒


P/s: panas-panas ni kalo dapat makan abc special waduh sedapnya!😋



Comments

Fofuler post

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

AYAM SERAI DIRAJA

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES