Skip to main content

Posts

LEPAK SANTAI DI AIDIL FITRI

Dah lama sangat rasanya teman dan pak incik (somi teman) tak buat makan-makan menjemput kengkawan datang ke rumah. Kalau dulu selalu jugak kami buat samada di hari raya ataupun di hujung minggu hari-hari biasa. Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai sambil berborak dengan kengkawan yang sekepala ni. Maklum laa nak berjumpa selalu tu dah agak payah sekarang sebab memasing terikat dengan komitmen. Yang dedulu bujang sekarang sume dah berkahwin & beranak pinak.  Syawal yang ke 16 hari tu pak incik menjemput kengkawan sekolahnya untuk lepak santai di kediaman kami. Tapi jemputan pun tak ramai sebab teratak kami ni kecik je & lagipun ramai antara kengkawannya masih tinggal di Perak.  Alhamdulillah teman berjaya jugak menyediakan sendiri semua menu-menu yang ada walaupun teman bukannya pandai sangat memasak. Pak incik pun tak nak ketinggalan menunjukkan skill dalam menyediakan 'speciality menu' nya Tomyam Kebabom.  Antara menu yang semp
Recent posts

MEE AYAM ALA INDO

Bila tiba ari malas tu nak menghapdet blog pun rasa tak bersemangat. Padahal ada 2, 3 resepi yg teman dah cuba & wajib kena simpan disini untuk rujukan yg akan dtg. Jadinya rajin ke tak rajin, teman kena jugak laa hapdet resepinya kat sini. Moh ler tgk apa plak resepi kali ni.                        Guna apa yg ada je Di pendekkan cerita hari ni teman nak berkongsi resepi mee ayam. Tapi ni bukan mee maggie perisa ayam tu ye. Ni mie ayam Indonesia style. Pertama kali teman makan mee ayam ni masa teman pegi ke  Bandung Indonesia dulu. Sedap sgt rasanya & kena pulak dgn tekak teman ni. Tapi resepi yg ni bukan seratus persen mcm mie ayam Indonesia tu, yg ni teman buat mee ayam versi sendiri.          Yg berminyak tu dr lelemak ayam ye Teman pun malas nak membebel banyak..kalo ada yg teringin nak mencuba silakan ye!  Bahan2: 2 keping mee kering  Isi Ayam Kulit & lemak ayam 1 biji telur 6-7 biji cili burung dihiris Seulas bawang pu

BISKUT HANTARAN KASIH

Awal bulan aritu famili teman telah mengadakan satu majlis pertunangan untuk adik teman yang bongsu. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancarnya. Pihak perempuan menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak lelaki. Berdebar menanti hari disatukan nanti Insyaallah kalau tiada aral dan diizinkanNya mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan akan berlangsung pulak majlis kenduri kawin.  Dah menjadi tunangan orang..huhu Teman menghadiahkan sebekas hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Pada awalnya teman ingat nak beli je apa-apa manisan atau biskut, tetapi  setelah difikir-fikirkan ada lebih baik teman sendiri yang membuat biskut tersebut. Dalam masa yang sama teman boleh mencabar keyakinan diri sendiri untuk membuatnya. Pertama kali buat biskut ni sedap sangat Setelah mentelaah segala resepi biskut yang ada teman mengambil keputusan untuk membuat biskut arancia aka biskut limau. Kalo dari segi rupa bentuk kejad

CHOCOLATE OREO

Hai awak!!! Masak apa je arini? Cuti sekolah ni tak pergi bawak family bercuti ke mana-mana ke? Tak dapat bercuti jauh dalam Malaysia pun okay jugak. Janji dapat jalan-jalan sambil cuci mata.  Kolumpo ni ari cuti ke  tak cuti ke sama je. Pusing kot mana pun jalan mesti   jammed   nak pergi memana pun malas.   Tapi kalo dapat pergi bercuti tengok tempat orang seronok jugak. Nak-nak pergi ke pulau ke berkelah kat air terjun ke..best jugak! Ni kalo setakat berjalan turun naik shopping mall membelinya tidak buat penat kaki je. Baik melepak kat dalam rumah sesambil tu boleh jugak menajamkan skill memasak ke mendekorasi rumah ke. Kannnnn?😊 Kalo korang tak tau nak buat apa....meh sini apakata cuba resepi yang teman nak kongsikan ni. Ekceli resepi ni teman dah buat dua tiga tahun yang lepas. Tapi terpaksa diperam sebab lappy teman punya hal laa ni. Lagi pulak teman pun dah tak ingat langsung password blog. Tu yang dapat intai dari kejauhan je tapi tak boleh nak menerjah masuk. 

APAM BAJET GEBU GEBAS

Haaa....kalo tengok tajuk pos atas tu mesti ramai yang dah tau pasal apam viral 3 bahan tu kannn? Sana sini teman tengok ramai yang dah mencuba membuatnya. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tengokkan resepinya tersangatlah mudah & bahan-bahannya pun tak makan belanja yang banyak.  Nak nak pulak zaman sekarang ni kalo boleh semua nak berjimat cermat.      Percubaan pertama...nasib menjadi Jadi setelah teman telek-telek resepi tu, teman amik keputusan untuk cuba membuatnya. Walopun keyakinan peratus untuk apam tu menjadi dalam 50-50 tapi dek sebabkan semangat nak membuatnya teman belasah jugak. Sedap jugak walo hanya guna 3 bahan Alhamdulillah menjadi jugak apam 3 bahan teman ni. Rasanya pun sedap & tak terlalu manis. Kebetulan masa teman buat apam ni ada mak sedara datang dari kampung. Dapat laa dia merasa sesambil mintak komen dari dia. Mak sedara teman pun kata sedap. Siap mintak dibekalkan lagi. Acece bangga jap rasa. Maklum laa teman ni bukannya pandai