Skip to main content

LEPAK SANTAI DI AIDIL FITRI

Dah lama sangat rasanya teman dan pak incik (somi teman) tak buat makan-makan menjemput kengkawan datang ke rumah. Kalau dulu selalu jugak kami buat samada di hari raya ataupun di hujung minggu hari-hari biasa.


Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai sambil berborak dengan kengkawan yang sekepala ni. Maklum laa nak berjumpa selalu tu dah agak payah sekarang sebab memasing terikat dengan komitmen. Yang dedulu bujang sekarang sume dah berkahwin & beranak pinak. 



Syawal yang ke 16 hari tu pak incik menjemput kengkawan sekolahnya untuk lepak santai di kediaman kami. Tapi jemputan pun tak ramai sebab teratak kami ni kecik je & lagipun ramai antara kengkawannya masih tinggal di Perak. 



Alhamdulillah teman berjaya jugak menyediakan sendiri semua menu-menu yang ada walaupun teman bukannya pandai sangat memasak. Pak incik pun tak nak ketinggalan menunjukkan skill dalam menyediakan 'speciality menu' nya Tomyam Kebabom. 



Antara menu yang sempat disediakan Rendang Ayam, Daging Dendeng, Pulut Kuning, Nasi putih, Ikan Masin Goreng, Ulam timun & Sambal Belacan, Mee & Bihun Tomyam, Apam Gebu berserta Tembikai. 



Seronok rasanya bila kita tengok orang menikmati hasil airtangan kita tanpa rasa segan silu makan dengan berselera sekali. Hilang segala penat lelah kita saat menyediakan hidangan tu. 


Teman ni tinggal umah atas kayangan, jadinya tempat agak terhad sikit. Kalau laa teman ada umah bawah (landed house) mau rasanya teman selalu buat makan-makan ni 😅. 




Teman ni suka mencuba pelbagai resepi yang ada tapi tak ada orang yang nak tolong menghabiskan sebab pak incik teman ni tak berapa suka kuih-kuih moden & kek-kek memanis ni. Jadinya kalau teman teringin nak mencuba kena tunggu orang datang rumah ataupun bila kengkawan ada buat potluck. Itu jam nasib laa kalau sedap kira selamat kalau rasa ke laut jawabnya ke tong sampah laa diamnya 😄. 




Syawal berikutnya kawan sekerja teman pulak datang bersama-sama dengan suami & anak comelnya. Dulu kami berkerja di tempat yang sama tetapi sekarang memasing dah membawa haluan sendiri. Tapi persahabatan kami tetap terjalin sampai sekarang. Teman pun dah anggap dia macam adik sendiri. Dari zaman bujang sampai dah beranak sorang ni rajin dia dtg menziarah teman. Terima kasih Pyka! Luv u to the moon & back. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia akhirat disamping suami & dak dobok yg so syanntikkk lagi somellll tu...Sofea 😍.


Si Pyka ni faberet dia kek coklat. Setiap kali datang tu je menu permintaan dia.  Tak susah nak menunaikan request nya tu, sebab kek coklat ni memang simple dan mudah sangat nak membuatnya. Kali ni teman ikut resepi yang tengah viral tu. Jadinya sambil pejam mata je boleh buat & siap😉. Teman sempat jugak sediakan Bihun Tomyam & Mee Goreng untuk dia sekeluarga. 


Akhir kata semoga kita ditakdirkan untuk bertemu di Ramadhan yang akan datang dan meraikan hari kemenangan disamping orang-orang yang tersayang. Maaf segala kekhilafan teman secara sengaja atau tidak di dunia nyata mahupun di alam maya ni. 



  

Ciao!🍒


P/s: teringin plak nak makan ketupat palas cicah dengan rendang tok...perghhh!!😋







  

Comments

Fofuler post

AYAM SERAI DIRAJA

CHOCOLATE ALMOND CLUSTER

CRUNCHY CHOC CHIP COOKIES