Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

KEREPEK GUNTING

Aritu  sesambil   nak   mengemaskini    blog   ni teman   tertengok  kat   bahagian   draf  rupanya ada  dua  tiga  resepi  yang  dah  teman siapkan cuma  belum  sempat  untuk  di publish kan kat  sini. Jadinya   daripada   terperap  je   kat  situ   baik teman   letakkan   kat  sini.  At  least  kalo   ada sesiapa   yang   tengah  mencari  resepi   untuk buat kudap-kudapan bolehlah mencuba  resepi  ni.  Okay  laa   kita   teruskan  dengan   resepi  yang pernah  teman   cuba   pada   lima   tahun  yang lepas.  Dalam  beberapa tahun tu teman pernah jugak  membuat   kerepek   gunting  ni  dua tiga kali.  Alhamdulillah   rasanya  juga   tak  menge-cewakan. Sesuai untuk dibuat kudap-kudapan.                         Kudapan yang agak mudah jugak untuk dibuat Kerepek yang tak jemu dimakan.... Bagi yang nak mencuba silakan. Teman nak mintak maaf pada empunya resepi ni...teman tak ingat dah amik kat blog mana dulu.   Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 4 tangkai c

BILA KORANG MULA BELAJAR MEMASAK?

Emmmm...korang ingat lagi tak bila mula belajar memasak? Apa resepi pertama yang telah korang cuba? Menjadi ke tidak masakan tu? Siapa mangsa yang terpaksa menelan hasil airtangan korang tu ek? Hihi.... Banyak nau soklan teman ni ye. Bukan apa teman rasa...teman nak berkongsi cerita pasal masak memasak laa. Tambahan pulak blog ni banyak berkisar tentang resepi masakan. Sebenarnya blog ni pun dibuat secara tak sengaja. Alasannya sebab senang teman nak menyimpan segala resepi² yang mudah dan sedap yang pernah teman cuba. Jadi disinilah tempat yang mudah untuk teman mencari dan merujuk bila perlu. Jadi disebabkan teman dah lama tak mengemaskini resepi² disini...ada baiknya teman berkongsi cerita. Jika ada manfaat sila amik buat panduan...kalo sebaliknya jgn sesekali diikutkan 😊. Alkisahnya... Di awal usia remaja, teman ni bukanlah seorang yang pandai ataupun mahir memasak. Setakat nak masak air tu boleh laa. Tetapi secara jujurnya teman nak masak nasi pun

BLOG YANG DIANAKTIRIKAN

Fuhhh!!! Lama giler dah teman tak menjenguk kat blog nih. Sume gara-gara dah lupa email address & password. Ditambah pulak laptop yang dah pandai buat perangai lagi laa rasa bercinta sangat nak menghapdet kat sini.  Tapi disebabkan semangat nak memblog semula (tak tau laa sampai bila bersemangatnya) 😉 jadi diusahakan jugak teman mencemar duli kat sini. Kali ini mungkin...mungkin....bukan setakat nak menyimpan resepi aje kat sini tapi teman rasa macam nak berkongsi cerita dan berkongsi rasa disini. Itupun kalau semangat JIN (dibaca rajin) bertandang laa 😅. Kalo dulu teman asik duk ralit melayan pesbuk tapi sekarang dah beralih arah ke instagram pulak. Tu yg teman langsung tak amik tau dah pasal blog nih. Harap-harapnya lepas ni bersemangat waja laa tuk teman menulis lagi...walopun ayatnya banyak yang caca merba 😎. Jadi sempena nak naikkan semangat teman supaya selalu menjengah kat sini...arini dengan rasminya teman memotong reben membuka semula blog ni deng