Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

CHOCOLATE OREO

Hai awak!!! Masak apa je arini? Cuti sekolah ni tak pergi bawak family bercuti ke mana-mana ke? Tak dapat bercuti jauh dalam Malaysia pun okay jugak. Janji dapat jalan-jalan sambil cuci mata.  Kolumpo ni ari cuti ke  tak cuti ke sama je. Pusing kot mana pun jalan mesti   jammed   nak pergi memana pun malas.   Tapi kalo dapat pergi bercuti tengok tempat orang seronok jugak. Nak-nak pergi ke pulau ke berkelah kat air terjun ke..best jugak! Ni kalo setakat berjalan turun naik shopping mall membelinya tidak buat penat kaki je. Baik melepak kat dalam rumah sesambil tu boleh jugak menajamkan skill memasak ke mendekorasi rumah ke. Kannnnn?😊 Kalo korang tak tau nak buat apa....meh sini apakata cuba resepi yang teman nak kongsikan ni. Ekceli resepi ni teman dah buat dua tiga tahun yang lepas. Tapi terpaksa diperam sebab lappy teman punya hal laa ni. Lagi pulak teman pun dah tak ingat langsung password blog. Tu yang dapat intai dari kejauhan je tapi tak boleh nak menerjah masuk. 

APAM BAJET GEBU GEBAS

Haaa....kalo tengok tajuk pos atas tu mesti ramai yang dah tau pasal apam viral 3 bahan tu kannn? Sana sini teman tengok ramai yang dah mencuba membuatnya. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tengokkan resepinya tersangatlah mudah & bahan-bahannya pun tak makan belanja yang banyak.  Nak nak pulak zaman sekarang ni kalo boleh semua nak berjimat cermat.      Percubaan pertama...nasib menjadi Jadi setelah teman telek-telek resepi tu, teman amik keputusan untuk cuba membuatnya. Walopun keyakinan peratus untuk apam tu menjadi dalam 50-50 tapi dek sebabkan semangat nak membuatnya teman belasah jugak. Sedap jugak walo hanya guna 3 bahan Alhamdulillah menjadi jugak apam 3 bahan teman ni. Rasanya pun sedap & tak terlalu manis. Kebetulan masa teman buat apam ni ada mak sedara datang dari kampung. Dapat laa dia merasa sesambil mintak komen dari dia. Mak sedara teman pun kata sedap. Siap mintak dibekalkan lagi. Acece bangga jap rasa. Maklum laa teman ni bukannya pandai

KARIPAP DAGING MELETOP

Karipap ni salah satu antara koi yang menjadi paberet teman. Tak kira laa intinya kentang ke sardin ke ayam ke ataupun daging sume teman suka. Makan pulak tengah panas-panas, adoiii nikmatnya! Sebenarnya ada kenangan macam mana teman boleh tersuka tanpa sengaja dengan koi karipap ni. Teman nak flashback sikit laa cerita zaman budak-budak dulu. Kalo ada yang bosan nak membacanya sila skip kan aje yek! Dedulu ada jiran di sebelah umah teman ni yang teman panggilnya mak cik Yah. Dia dengan suaminya mengajo teman ngan anak² jiran yang lain mengaji quran. Dalam masa yang sama makcik ni menjual karipap. Tapi bukan untuk dijual dekat kawasan perumahan kami, tapi karipap ni di hantar oleh suami makcik ni ke sebuah kedai makan di pekan Parit. Setiap kali teman pergi mengaji bila je suami makcik tu balik ke rumah, kadang² dia akan bawa balik lebihan karipap yang tak habis dijual. Biasanya tak banyak pun ada laa dalam 5,6 biji. So siapa yang datang mengaji awal biasanya selepas waktu m

KEREPEK GUNTING

Aritu  sesambil   nak   mengemaskini    blog   ni teman   tertengok  kat   bahagian   draf  rupanya ada  dua  tiga  resepi  yang  dah  teman siapkan cuma  belum  sempat  untuk  di publish kan kat  sini. Jadinya   daripada   terperap  je   kat  situ   baik teman   letakkan   kat  sini.  At  least  kalo   ada sesiapa   yang   tengah  mencari  resepi   untuk buat kudap-kudapan bolehlah mencuba  resepi  ni.  Okay  laa   kita   teruskan  dengan   resepi  yang pernah  teman   cuba   pada   lima   tahun  yang lepas.  Dalam  beberapa tahun tu teman pernah jugak  membuat   kerepek   gunting  ni  dua tiga kali.  Alhamdulillah   rasanya  juga   tak  menge-cewakan. Sesuai untuk dibuat kudap-kudapan.                         Kudapan yang agak mudah jugak untuk dibuat Kerepek yang tak jemu dimakan.... Bagi yang nak mencuba silakan. Teman nak mintak maaf pada empunya resepi ni...teman tak ingat dah amik kat blog mana dulu.   Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 4 tangkai c

BILA KORANG MULA BELAJAR MEMASAK?

Emmmm...korang ingat lagi tak bila mula belajar memasak? Apa resepi pertama yang telah korang cuba? Menjadi ke tidak masakan tu? Siapa mangsa yang terpaksa menelan hasil airtangan korang tu ek? Hihi.... Banyak nau soklan teman ni ye. Bukan apa teman rasa...teman nak berkongsi cerita pasal masak memasak laa. Tambahan pulak blog ni banyak berkisar tentang resepi masakan. Sebenarnya blog ni pun dibuat secara tak sengaja. Alasannya sebab senang teman nak menyimpan segala resepi² yang mudah dan sedap yang pernah teman cuba. Jadi disinilah tempat yang mudah untuk teman mencari dan merujuk bila perlu. Jadi disebabkan teman dah lama tak mengemaskini resepi² disini...ada baiknya teman berkongsi cerita. Jika ada manfaat sila amik buat panduan...kalo sebaliknya jgn sesekali diikutkan 😊. Alkisahnya... Di awal usia remaja, teman ni bukanlah seorang yang pandai ataupun mahir memasak. Setakat nak masak air tu boleh laa. Tetapi secara jujurnya teman nak masak nasi pun

BLOG YANG DIANAKTIRIKAN

Fuhhh!!! Lama giler dah teman tak menjenguk kat blog nih. Sume gara-gara dah lupa email address & password. Ditambah pulak laptop yang dah pandai buat perangai lagi laa rasa bercinta sangat nak menghapdet kat sini.  Tapi disebabkan semangat nak memblog semula (tak tau laa sampai bila bersemangatnya) 😉 jadi diusahakan jugak teman mencemar duli kat sini. Kali ini mungkin...mungkin....bukan setakat nak menyimpan resepi aje kat sini tapi teman rasa macam nak berkongsi cerita dan berkongsi rasa disini. Itupun kalau semangat JIN (dibaca rajin) bertandang laa 😅. Kalo dulu teman asik duk ralit melayan pesbuk tapi sekarang dah beralih arah ke instagram pulak. Tu yg teman langsung tak amik tau dah pasal blog nih. Harap-harapnya lepas ni bersemangat waja laa tuk teman menulis lagi...walopun ayatnya banyak yang caca merba 😎. Jadi sempena nak naikkan semangat teman supaya selalu menjengah kat sini...arini dengan rasminya teman memotong reben membuka semula blog ni deng